Skip to main content

Resepi Sedapzaini: Ikan Siakap Kukus Meriah

 



Okey, entri ini kita akan berkongsi resepi ikan siakap kukus meriah...kenapa saya kata meriah, kerana masakan ini ditaruk semua 'moknika' perkara yang akan diceritakan dalam bahab-bahan kat bawah nanti. Tengoklah gambar kat atas tu, meriahnya dengan macam-macam, walaupun sebenarnya gambar tu tak lengkap dengan tomato dan carrot nya...tapi itu saja koleksi gambar siakap kukus yang ada dalam simpanan saya...jadinya kita share gambar ini saja lah yerr...

Bahan-bahan

1. Ikan siakap. Terpulang apa2 saiznya
2. Asam limau nipis - 7 biji ke 10 biji
3. dua sudu sos tiram
4. bawang putih 4 biji
5. Serai 2 batang
6. tomato sebiji atau dua biji
7. carrot satu batang
8. cili api 10 tangkai
9. Halia dua inci
10. Garam gula secukup rasa
11. air secawan. Kalau nak kuah lebih tambahkan mengikut kehendak sendiri.
12. sedikit lada sulah.


Cara-caranya

1. Ikan dah siap disiang di kedai kalau malas siang kat umah. Cuci dan basuh bersih-bersih. Tips cuci ikan supaya hilang airnya. Semasa cucian terakhir guna gandum, asam jawa, atau asam limau nipis. Kkemudian setelah disiram bersih, sejatkan sekejap. Tips: Ikan dibasuh sekurangnya tiga kali tukar air ya. selepas tu baru cuci dengan air asam jawa/asam limau/gandum untuk hilangkan bau dan hanyir.

2. Lumurkan dan perapkan ikan sekejap dalam 10 minit dengan garam, lada sulah, air asam jawap sikit/air asam limau...jgn air tu masam sgt...just untuk bagi rasa-rasa saja. Sepatutnya perap dengan garam dan lada sulah sahaja, tetapi tambah perapan dengan sedikit air limau nipis/asam jawa tu adalah rahsia penyedap ikan tu...hehehe.

3. Potong/mayang bawah putih, serai, cili api, carrot, dan halia seperti dalam gambar.

4. Tomato boleh dipotong dadu atau potong empat...Potong dadu lagi meresap rasanya pada kuah dan ikan.

5. Dalam masa yang sama periuk kukusan dah diletakkan atas api. Bila dan mendidih airnya baru proses mengukus boleh dimulakan.

6. Penyediaan kuah. Perahan air limau nipis. tapis bijinya. campurkan dengan air mengikut berapa banyak kuah ikan diperlukan. biasanya anak-anak suka kuahnyaa, jadi boleh lah lebihkan kuah. Namun mesti ingat, kalau tambah air banyak, perahan air limah nipis perlu ditambah lagi biar kuahnya betul-betul masam sebab nanti bila dikukus kuah akan meresap ke dalam isi ikan menjadikannya lebih gebu dan lebih sedap. kemudiannya masukkan dua sudu sos tiram, dan gula serta garam (saya biasanya letak dalam 7 sudu besar gula bagi diseimbangkan dengan tahap kemasaman limau nipis tadi. Semasa penyediaan kuah ini, pastikan rasanya memang masam dan gula mesti lebih serta seimbang dengan rasa masam tadi, kalau tidak nanti ikan stim ini menjadi tawar dan tidak ummmppp...

7. Bila dah selesai, masukkan ikan dalam bekas aluminium (bekas yang guna untuk bakar kek tu), dan taburkan semua bahan-bahan potong tadi, jangan lupa selitk-selitkan juga dalam perut ikan . Make sure ikan juga telah dikelar mengikut kesukaan anda, selari atau bentuk petak. Kemudian tuangkan kuahnya tadi. Boleh mula mengukus.

8. Kukus selama 15 minit sahaja. Semasa mengukus tu, jangan buka tutup penutupnya, sebab nanti aromanya keluar dan tidak menyerap pada ikan. Hilang peratus kesedapannya nanti...hehehe. Selepas tu, bolehlah dihidangkan....


Selamat mencuba...

RZH





 

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke