Skip to main content

Bagaimana Menguruskan Team Building Staf

Salam bertemu kembali,

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi bagaimana cara kita nak menguruskan program Team Building untuk kakitangan. Mengapa Team Building ini perlu dan wajib dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun? Apakah objektifnya dan benefit yang akan diperoleh dalam penganjuran ini.
 
Terlebih dahulu, saya ingin memberikan maksud Team Building. Team Building atau dalam Bahasa Melayu nya Pengukuhan Pasukan adalah satu program di mana semua peserta dikumpulkan dalam satu program dan dibahagi-bahagikan mengikut kumpulan bagi menjayakan beberapa misi dan aktiviti yang telah diaturkan. Team Building ini penting bagi tujuan melihat dan menguji tahap semangat berpasukan peserta, bagaimana peserta saling hormat-hormat menghormati dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan aktiviti yang diberikan sepanjang program ini berlangsung.
 
Peserta kebiasaannya dibawa ke suatu tempat yang telah ditempah awal di luar stesyen bekerja. Berada di sana untuk tiga hari dua malam dengan pelbagai aktiviti dan program yang telah diatur.
 
 
Bagaimanakah kita menguruskan Team Building?
 
Secara ringkasnya step berikut boleh diikuti:
 
1. Mengadakan mesyuarat atau perbincangan bersama staf (Proposal ringkas disediakan)
2. Setkan tarikh dan tempat serta bajet
3. Tubuhkan Jawatanakuasa Pelaksana/Jawatankuasa Kerja bagi tujuan pengagihan tugas
4. Penyediaan Senarai Semak Tindakan
5. Lakukan gerak kerja dan tindakan seperti dipersetujui
6. Adakan mesyuarat semakan terakhir dan briefing kepada staf selewatnya 3 hari sebelum program
7. Program Berlangsung
8. laporan Aktiviti dan Kewangan
 
Jawatankuasa dalam penganjuran Team Building tak perlu banyak, yang penting adalah merealitikannya dan 'guidance' dalam tindakan iaitu Senarai Semak Gerak Kerja yang penting disediakan. Antara Jawatankuasa yang perlu ada adalah:
 
1. Jawatankuasa Program/Atur cara/Pengisian Program
2. Jawatankuasa Penginapan (termasuk jamuan semua di sini sebab penginapan dalam bentuk pakej)
3. Jawatankuasa Percetakan (Cetak bahan edaran dan Buku Program)
4. Jawatankuasa Penyertaan
5. jawatankuasa Sambutan dan Protokol
6. Jawatankuasa Teknikal dan Tugas-tugas Khas
 
Catatan:
Selalunya, kalau Team Building ini diuruskan oleh pihak Pengurusan, tiada Jawatankausa beria ditubuhkan, kerana yang penting hanyalah bajet, penetapan tarikh, penempahan tempat, penempahan kenderaan, penyediaan hadiah dan cenderamata, pengesahan kehadiran kakitangan (kehadiran wajib sebenarnya)...semua ini akan diselaraskan kerja oleh Ketua Pentadbiran, jadi arahan kerja akan terus diberikan kepada mana-mana staf berkenaan mengikut senarai semak yang telah disediakan dan yang juga telah dipersetujui dalam Mesyuarat bersama Staf).
 
 
Objektif Team Building
 
Mengapa Team Building ini penting?...kerana objektifnya adalah untuk kebaikan kepada organisasi. Antara objektifnya adalah:
 
1. Mengeratkan silaturrahim dan hubungan kemesraan sesama staf.
2. Membina keserasian dan tahap persefahaman yang tinggi dalam kalangan staf.
3. Membina jaringan hubungan yang rapat dan mengurangkan 'gap' antara pihak Pengurusan dengan staf
4. Meningkatkan motivasi diri dan semangat kerja berpasukan
5. Melatih individu menangani sebarang bentuk situasi dan ketegangan
6. Menguji tahap kesabaran dan emosi dan ketahanan mental
7. Mengukuhkan jati diri dan sifat kepunyaan dalam organisasi.
8. Memberi ruang supaya semua ahli dalam organisasi yang sama dapat mengenali hati budi masing-masing, luar dan dalam.
9. Sebagai tanda penghargaan Pengurusan kepada staf.
 
 
Benefit Kepada staf dan Organisasi
 
Penganjuran Team Building memberikan impak yang positif dan besar juga kepada staf dan organisasi itu sendiri. seandai betul caranya kita mengendalikan 'talk' dan program di sana, maka ia boleh memberikan kesedaran dan keinsafan kepada staf. Mereka mungkin akan bertekad untuk berubah dan terus memberikan yang terbaik kepada organisasi. Dalam masa yang sama mereka juga mungkin akan mengubah 'character' masing-masing yang selama ini mungkin degil, ego, rasa diri cukup pandai, tak mendengar cakap dan menganggap semua orang salah dan dia sahaja yang betul.
 
Pada pandangan saya, andainya selama program berlangsung, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan sentuhan ke hati dan jiwa masing-masing tentang asal usul kita, mengaitkan ianya dengan kejadian Allah, dan menyatakan bahawa manusia ini sama sahaja di sisi Allah...dan kita ini semua hamba Allah yang bila tiba masanya nanti akan dijemput-Nya...maka secara tidak langsung kita semua pada saat itu akan menginsafi diri dan akan memacu diri hanya di jalan yang diredhai Allah. Sudah pasti, andai ini berlaku, maka semua staf dalam organisasi akan lebih bahagia dan harmoni, tiada lagi rasa tidak puas hati, tiada lagi rasa iri hati dan dengki...keadaan ini memberikan signal yang positif kepada produktiviti dan motivasi kerja mereka dan akhirnya akan menghala kepada kecmerlangan organisasi.
 
Setakat ini dulu yang saya kongsikan di entri ini. Saya kongsikan beberapa gambar kenangan Team Building kami untuk motivasi buat semua.
 
 
Salam Hormat
RZH


 

















Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton

Resepi Sedapzaini: Ketam Rebus Sedap

Hokey malam ni masih berkunjung di sini, masih setia di blog ini. Semasa ada mood untuk menulis, makanya kita menulis lah, kalau mood 'dah lari pergi' nanti maka confirm la penulisan terhenti. Sebelum pergi kepada resepinya, saya ingin menggamit kenangan semasa zaman saya kecil dulu di kampung. Menu ketam dan udang ni kiranya menu yang sentiasa ada di meja makan kami. Bukan apa, kami di kampung kiri dan kanan kampung dikelilingi sungai...pekerjaan utama org tua dulu2 adalah dari sumber yang ada dlm sungai...cari ketam sungai, namanya ketam nipah, dan udang juga ikan sungai sebagai punca pendapatan. Hasil yang diperoleh, mereka akan jualkan kpd org2 kampung, selalunya arwah nenek saya akan beli ketam dan udang ni...menu masakan untuk ketam mesti direbus atau digulai sahaja. Kerana itu sehingga sekarang menu ketam rebus ni mmg menu kegemaran ayah saya. Mak saya sehingga kini, kalau anak2 balik bercuti di kampung, pasti mak saya dah menempah siap2 ketam ni untuk dimasak ke