Malam ini kembali menulis. Post terakhir adalah pada 11 Disember lalu. Malam ni dah 17 Disember...sudah enam hari berlalu...Ya Allah cepat betul masa berlalu. Tanpa sedar 'masa' ini pergi. Apapun, malam ni terllintas di fikiran, tajuk ini yang menjadi pilihan. Sekadar berkongsi pandangan dan garapan saya tentang tajuk ini.
Kita begitu sinonim dengan kata-kata "setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya"...ya saya sangat bersetuju dengan kata-kata ini. Sejak kecil emak dan ayah kita menyebut-nyebut tentang kata-kata ini. Orang tua, selalu berfikiran positif, kerana itu ayat ini yang menjadi pilihan setia mereka untuk dilafazkan bila setiap kali berhadapan dengan sebarang bentuh ujian dan musibah. Sejak kecil kita sebenarnya sudah dididik untuk sentiasa positif.
Sebagai orang Islam, kita memang wajib menerima hakikat kebenaran tentang kata-kata ini. Mengapa saya berkata begitu, kerana sebagai orang Islam kita sentiasa mengucapkan di bibir dua kalimah syahadah ini "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
Dua kalimah syahadah ini adalah rukun pertama daripada lima (5) rukun Islam. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Dua kalimah syahadah merupakan dua ungkapan yang perlu dilafazkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang bersih dan ikhlas.
Justeru, apabila saja kita ditimpa ujian, musibah, dan bencana kita semua seharusnya redha dan sabar atas segala ujian yang diberikan itu. Walau perit, walau pedih, walau berat, walau derita sekalipun kita tetap kena tenang dan sabar. Mengapa? Kerana semuanya itu adalah kuasa Allah...kebesaran Allah, yang mana kita insan yang terlalu kerdil ini tidak mampu untuk menghalang apa jua ketentuan Allah buat kita. Ya betul, kita boleh merancang apa saja yang kita ingin rancang, apa saja yang kita hajati...namun hakikatnya perjalanan yang berlaku bukan mengikut perancangan kita, malah ia telah disusun dan diatur awal oleh Allah, pemilik alam ini.
Andai kata kita menganalogikan perjalanan hidup kita sebagai sebuah drama di TV yang kita tontoni...semasa kita menonton satu-satu cerita, kita sudah tahu bahawa cerita itu mempunyai Pengarahnya...kita juga sudah tahu bahawa cerita itu akan berdurasi mengikut tempoh tertentu yang telah ditetapkan...kebiasaannya dua jam. Dan kita juga sudah tahu, sudah pasti plot dan jalinannya cerita ada permulaan, pertengahan dan pengakhirannya. Plot cerita itu sudah ditulis, disusun dan diatur awal oleh penulis skrip...pelakun-pelakunnya akan beraksi sebagaimana skrip yang sudah ditulis, dan Pengarahnya akan mengarahkan cerita itu dengan cara yang paling dramatik. Makanya, andai kita sematkan analogi itu dalam fikiran kita, mengapa lagi kita perlu marah-marah, menangisi apa yang berlaku dan tidak berpuashati dengan dugaan yang diterima, kita tidak dapat menerima kenyataan, dan kita rasa Allah meminggirkan kita...kita seharusnya menyematkan dalam hati, bahawa itu semua Allah telah tentukan awal...kita ini umpama pelakun yang melakunkan watak-watak itu....maka redhalah...bersabarlah...yakinlah dan peganglah, Allah tidak melakukan sesuatu tanpa sebab dan musababnya...pasti ada sebabnya.
Andai kita sentiasa berada dalam landasan Allah, sentiasa mengingati Dia...sentiasa melaksanakan perintahnya, maka yakinlah ujian yang Allah beri itu hanya untuk menguji tahap keredhaan kita, tahap kesabaran kita...mengapa? kerana Allah ingin memberikan ganjaran yang lebih besar buat kita, maka Dia uji dulu hati kita sebelum ganjaran yang besar itu Allah jelmakan.
Kalaulah sebaliknya yang berlaku, maka ujian itu sebenarnya kerana Allah masih sayangkan kita...masih memberi ruang untuk kita kembali kepada Dia, dan meninggalkan segala dosa yang dilakukan, berbuat baik dengan semua orang, menghormati orang, tidak sombong dan tidak menyakiti hati orang. Makanya, renungilah dan muhasabah lah diri, mungkin ada yang tidak kena di mana-mana...maka bertaubatlah kepada Allah...pintu taubat sebenarnya sentiasa Allah buka seluas-luasnya...cari lah kembali keredhaan Allah kepada kita, ishaAllah hati kita akan tenang dan kita diberikan kebahagiaan berpanjangan...andai ada yang telah kita sakitkan hati orang, atau menyinggung perasaan orang...apa salahnya kita hulurkan kemaafan...tiada gunanya keegoan yang tidak memberikan apa-apa maknapun bahkan hanya merugikan...andai kata kita selama ini sentiasa 'mendongak ke langit', maka tunduk lah ke bumi...
Kesimpulannya, hiduplah dengan cara yang sederhana. Pilihlah kehidupan yang harmoni tanpa menyakiti hati sesiapa. Hiduplah di atas platform yang Allah redhai....Sentiasalah bersangka baik kepada Allah kerana hanya Dia yang tahu rahsia di sebalik apa yang berlaku.
Saya tinggalkan dengan beberapa kata-kata penguat semangat yang pernah saya baca, buat semua.
"Allah memberi lebih baik dari yang kita minta
Dalam bentuk yang lebih baik daripada harapan kita
Dengan cara yang lebih baik dari dugaan kita"
"Jangan berhenti berharap kerana Allah lebih tahu
saat yang tepat mengabulkan permintaanmu"
" Dua sebab mengapa Allah uji kita. Satunya, kerana Allah nak hapuskan dosa-dosa silam kita, dan keduanya, sebab Allah nak memuliakan kita"
" Setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya
Semakin Allah sayang kepada seseorang hambanya,
semakin kuat ujian buatnya
"Tiap kali melalui ujian, kesusahan, kesedihan dan pelbagai masalah hidup
ingatkan selalu akan diri kita ayat ini:
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan"
(Surah al-Insyirah 6)
"Kadang kala Allah hilangkan mentari
kemudian Dia datangkan guruh dan kilat
puas kita menangis, mencari mana mentari
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita
pelangi yang indah..."
RZH

Comments
Post a Comment