Skip to main content

Teknik Merehatkan Diri dan Minda...

Alhamdulillah dah sampai...

Datang sini atas urusan rasmi...urusan kerja. Sekian lama tidak datang ke sini..lebih lima tahun dah rasanya. Perjalanan mengambil masa dua jam lebih juga. Agak jauh juga..itu agaknya Mr. Husband tak bagi saya bawa kereta sendiri. Risau katanya. Makanya Mr. Husband ambil cuti dan hantarkan. 

Rasa agak penat juga seharian di ofis dengan mcm2 perkara perlu dibereskan sebelum bertolak tadi.

Justeru, rest sekejap untuk kumpul balik tenaga yang hilang. Bagaimana cara nak merehatkan diri dan refresh diri yang dah seharian full...dah pasti exhausted tahap dewa.

Okey jom kita lihat bagaimana:

1. Bersihkan diri dulu...Mandi.

2. Setting minda kepada santai..delete semua kekalutan di minda. Beristigfar dan berselawat. Bayangkan minda dikosongkan...bayangkan semua kekalutan di benak dibawa keluar. Bayangkan betul2. Ini adalah teknik neuro kita yang kita programkan. Mula2 agak susah, tapi lama2 praktik nanti okey...dan kita akan rasa selesa.

3. Jika ada minyak terapi young living atau apa jenis minyak terapi yang baunya mendamaikan kita...boleh oleskan di dahi, pergelangan tangan bhgn nadi, sapukan sedikit atas tengkuk, juga sedikit bau dioles di hidung. Bauan terapi ini akan membantu mendamaikan rasa.

4. Tarik dan hembus nafas dalam kiraan 6 bagi setiap satu. Tarik nafas ikut hidung dalam kiraan 6, tahan di perut dlm kiraan 6 dan hembus melalui mulut dalam kiraan 6. Buat sebanyak lima kali. Setiap kali sedut nafas bygkan unsur2 nyaman dan bersih yang disedut...semasa tahan nafas...beristigfar di dlm hati dan ingat Allah sepenuhnya..niat apa jua yang ingin diniat yang baik2 saja..strictly no untuk apa jua niat yang tidak baik atau yg negatif. Semasa menghembus keluar, bygkan semua kotoran, perkara negatif dan penyakit dlm diri keluar bersama. Berbisik pada seluruh anggota badan untuk tolak keluar semua yang tidak baik dalam diri kita.

5. Setelah selesai..rest diri dengan mengosongkan fikiran sekejap..pejamkan mata dan serahkan segalanya kepada Allah. Letakkan seluruh pergantungan kepada Allah. Jgn fikir masalah. Jika dpt terlelap sekejap maka ok. Jika tak dpt lelap tak mengapa...

InsyaAllah selepas 15 ke 30 minit tenaga dan aura positif kembali terisi dalam diri kita dan kita boleh meneruskan rutin atau plan nak buat itu ini...

Amalkan selalu teknik ini, sama ada kita di ofis atau di rumah. Ambil masa sekejap dlm 10 minit untuk merehatkan minda dah roh kita. InsyaAllah...

Sekadar perkongsian jua..

Semoga bermanfaat.

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...