Skip to main content

Kematian demi kematian...

Mendengar kematian demi kematian...

Berbisik kepada diri, "masa aku juga akan tiba"...Allahu rasa yang hadir tidak dpt digambarkan...sayu dan sedih...bukan sedih kerana mahu hidup seratus tahun lagi tapi sedih mengenangkan kehidupan dunia yang akan ditinggalkan setelah berpuluh tahun Allah meminjamkan nyawa ini. 

Mati itu pasti. Tidak lewat dan tidak awal walau sesaat. Membayangkan saat diri menjadi jenazah...terbaring dalam keranda diusung menuju tempat pembaringan kaku. Allahuakbar...

Minggu lalu mendapat khabar duka kembalinya kerahmatullah Kak Aida, bekas p.a kepada Puan Hafdzam...sangat baik dengan arwah masa mula2 kerja dulu. Masa tu pejabat Puan Hafdzam mmg tempat persinggahan selalu slps menghadiri meeting atau ada urusan di Pusanika. Mmg akan sembang dgn Kak Aida...baik sangat orangnya....kini dia telah dijemput Allah...kelu lidah dan perasaan sedih menyelubungi. Semoga Allah menempatkan arwah kak aida bersama orang2 yang beriman di sisi Allah. 

Semalam pula mendapat khabar drpd kampung...mak saudara belah ummi telah dijemput Allah...terduduk rasa..sedih tidak terkata...arwah Che Dah mmg sgt baik orangnya.. Che Dah adalah kakak yang sulung dalam adik-beradik ummi...

Masa awal remaja dulu mmg selalu ke rumah Che Dah...Che Dah seorang yang sangat motherly....tutur kata sgt lemah lembut..arwah Che Dah telah selamat dikebumikan selepas isyak malam tadi....damailah Che Dah di sisi Allah...kita pasti akan bertemu di sana. Semoga Allah meluaskan kubur Che Dah dan mengampunkan segala dosa Che Dah....

Al-Fatihah buat arwah Che Dah dan arwah kak aida...



Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...