Skip to main content

Selepas Hujan Pasti Ada Pelangi Indah...

Jauh merenung...

Merenung sesuatu tentang diri dan tentang kuasa Allah yang menggerakkan segalanya dan bukan diri kita. Kita tiada daya dan upaya melainkan dengan kuasa Allah.

Berfikir sejenak...segala sesuatu yang berlaku dalam hidup kita bukan hadir secara kebetulan. Tapi hadir atas sebab perancangan dan kuasa Allah. Setiap apa yang berlaku itu ada rahsia Allah. Takkan mungkin berlaku saja2. Ada hikmahnya.

Jika bahagia yang Allah hadirkan, maka bersyukur lah. Belajar bersyukur dan ucapkan alhamdulillah atas kurniaan Allah buat kita. Jangan sesekali kita lupa bahawa segala sesuatu yang berlaku itu adalah kerana Allah yang menggerakkannya dan bukan daripada kita sendiri. Sentiasa ingat setiap apa yang berlaku kerana ada yang mentadbirnya, iaitu Allah Azzawajjala. Jangan kita sombong dan beranggapan bahawa diri kita yang menggerakkan segalanya.

Jika derita dan rasa kecewa yang perlu kita lalui, jangan kita bersedih dan berputus asa kerana kesedihan yang Allah hadirkan kepada kita itu pasti ada hikmahnya. Sebaliknya kita latih diri untuk terus bersyukur kerana Allah memilih kita untuk merasai derita itu. Sentiasa ingat bahawa rasa pedih dan derita itu adalah penghapus dosa dan penguat hati. Asbab daripada kekecewaan yang kita lalui itu mungkin akan menjadikan diri kita lebih baik di sisi Allah. Jadi kita perlu rasa bersyukur kerana ujian itulah membuatkan kita dapat menambahbaik diri.

Sentiasa sematkan di hati bahawa setiap ujian sedih yang Allah berikan kepada kita, pasti akan ada penghujungnya dan pasti akan ada ganjaran dan nikmat Allah yang lebih besar menanti jika kita terus bersabar dan redha. Ini janji Allah.

Selepas setiap hujan pasti kan muncul pelangi indah. Begitulah juga kehidupan kita..makanya jangan sesekali kita bersedih dan berputus asa.

Orang yang beriman dan bijak tidak mungkin mudah mengalah dengan ujian kehidupan. Orang yang beriman dan bijak adalah orang yang hatinya semakin kuat bila semakin besar ujian dan halangan yang perlu dilaluinya. Justeru, sama2 kita mengambil cabaran ini. Hati dan minda perlu terus kuat dan tidak mudah goyah. Yakin lah, kebahagiaan akan muncul selepas setiap ujian...cuma masa saja yang menentukan.

Hidup kita ini ada seribu satu macam hal. Handle dengan bijak dan jangan berkecamuk. Sentiasa bersedia dan letak diri dalam mode stanby. Berusaha untuk utaikan dan leraikan satu persatu. Minta dengan Allah petunjuk dan jalannya. Doa selalu semoga kita terus dipandu kepada jalan kebaikan. 

Hidup kita mesti ada disiplin dan prinsip diri dan bukan main semborono sesuka hati. Hidup kita ni ada peraturannya...biar kita sentiasa seiring dengan peraturan yang ada dan jangan menongkah arus. InsyaAllah, mudah jalan cerita hidup kita!

"Jika rotan...lembut lenturkan. Jangan cuba untuk patahkan sebab dah tentu rotan tak dapat dipatahkan dengan mudah kerana sifatnya kental dan elastik sebegitu."

Perlu Bijaksana, Berstrategi dan berdiplomasi!

Salam bicara lewat malam.

RZH.



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe