Skip to main content

Bilas Minda...

Baru sampai ke muka surat 27. Keseluruhan muka surat buku ini adalah 200 muka surat. Bila akan dpt diselesaikan pembacaan? Tanya kepada diri....jika diri kata next week boleh selesai..maka pasak di minda..akan selesai! InsyaAllah...

Tertarik untuk berkongsi intipati di muka surat 26 dan beberapa muka surat lain yang sangat menarik...

"Fokus kepada saat dan ketika ini dengan menghargai apa yang anda ada, lihat dan kenal pasti satu per satu sistem sokongan dan keupayaan diri yang telah Allah SWT kurniakan kepada anda, dan seterusnya gunakan sebaik mungkin mulai saat ini agar dapat memberi impak positif di masa akan datang."

Penulis menulis kaedah bagaimana untuk membilas minda. 

Sebelum tu, apakah maksud Bilas Mnda ini?

Teknik Bilas Minda adalah salah satu cara yang sangat berkesan digunakan untuk menghapus sampah dan stres yang tertumpok dalam minda. Hasil yang lebih baik akan diperoleh jika teknik ini digandingkan dengan teknik pernafasan (deep breathing). Teknik pernafasan yang betul dan dibuat secara berterusan akan memberikan impak yang sangat baik kepada minda kita. Rasakan bagaimana minda kita menjadi lebih santai dan kepala menjadi lebih ringan dan lega.

Teknik visualisasi pula adalah suatu kaedah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara dan memainkan wayang minda dalam diri sehingga kita dapat rasai kesannya secara emosi dan fisiologi. Bayangkan di wayang minda kita sedang berada di suatu tempat yang sangat indah dan mendamaikan...sehingga dpt dirasakan hembusan angin yang meniup, suara burung berkicauan, kocakan air, dan kehijauan yang mendamaikan...fikiran kita pasti akan lapang dan tenang...

Apa yang anda beri tumpuan dan fokus dalam minda sangat memberi pengaruh dalam menentukan keadaan emosi diri. Sebenar-benarnya kita punyai kuasa memilih untuk tentukan apa yang kita mahu fokus untuk diberi tumpuan oleh minda kita sendiri. Dengan mudah sekali kita boleh melakukan semua ini.

Jangan benarkan orang lain membuat pilihan apa yang kita perlu fokus bagi diri kita. Sekali-kali jangan benarkan unsur-unsur luaran yang mempengaruhi dan mengawal kuasa fokus kita.

"Jika anda muram, anda sedang hidup dalam masa lalu. Jika anda bimbang, anda sedang hidup dalam masa depan. Jika anda tenang, anda sedang hidup dalam masa kini".....Tanpa Nama...

Pilihan di tangan anda!

Pilih yang terbaik!

Sekadar perkongsian daripada Buku Bina Diri. Pasak Minda Perkasa Jiwa oleh Prof. Ir. Datuk Dr. Mohd Jailani Mohd Nor.

Semoga bermanfaat jua buat kita semua...insyaAllah.

RZH











Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe