Skip to main content

Kepingan Hati...

Tajuk entri kali ini adalah tajuk lagu daripada ST12. Melodi lagu ni sedap. Justeru saya letakkan di blog anggerikdesa. Sekadar content biasa saja sebab sejak dengar lagu ni beberapa bulan lepas, tiba2 "terjatuh cinta" dengan this song. Haha...itu lah dianya.

Lagu ni pada saya sangat sedap kerana gabungan mantap antara melodi dan liriknya. Cara pembawakan oleh pentanyinya pun best..ada gaya tersendiri dalam menyampaikan lagu ni..diction dia juga sedap...mmg sesuai lagu ni dgn penyanyinya...sedap didengar. Yang paling best muziknya...mmg layan dengar...


"Hapuslah air matamu
Jangan pernah kau sesali aku
Memang bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Pergi dariku jauh dariku."

"Sakit bukanlah derita
Kujalani dengan lapang dada
Kurasakan memanglah ada rasa hampa
Batin menangis hati tak bicara."

"Hatiku hancur berkeping-keping
Tubuh lemah yang sedang berbaring
Terlintas tentang cerita diri
Akupun menangis
Tak sanggup kutinggalkan kasih sayang dunia"

Lagu dan irama ni sebenarnya adalah juga terapi diri. Feel dengan iramanya kita dapat melapangkan diri buat seketika. Ada masa tertentu yang kita perlu juga dengan hiburan yang membawa kita kepada menginsafi diri..selagi ianya tidak melalaikan. InsyaAllah okey.

Sesekali bila tengah driving keluar lagu ni di radio...mmg layan juga dengar. Sedap penyanyinya bawa lagu ni...kadang2 jika ingin mood yang berbeza masa tgh driving saya akan dengar melalui youtube saja..boleh ulang putar...hehe. 

RZH.


Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...