Skip to main content

Rutin Persiapan Wajib Menjelang Ramadan...

Ahad ni kita akan memasuki Ramadan. Hanya tinggal tiga hari saja lagi maka bertemulah kita dengan 1 Ramadan 1443H. Berdoa semoga usia kita dilanjutkan Allah untuk dapat kita bertemu dengan Ramadan ini.

Selalunya bila menjelang Ramadan, apa agaknya rutin yang selalu kita buat. Macam2 rutin atau amalan yang dibuat oleh orang tua kita dan kemudiannya diwarisi oleh kita pula. 

Jom kita tgok antara rutin yang dilakukan.

1. Membuat pembahagian surah untuk tadarus bersama ahli keluarga. Emak, ayah, adik-beradik bagi yang belum berkeluarga. Manakala bagi yang sudah berkeluarga dan punyai anak yang dah besar, pembahagian surah yang boleh dibuat adalah untuk mak ayah dan anak2. Bagi yang bekerja, akan juga merancang tadarus bersama rakan sepejabat.

2. Bahagian mak2 pula akan menyediakan senarai menu berbuka untuk tempoh 30 hari berpuasa. Sediakan aje menunya..ikut hundred percent atau tidak itu nombor dua. Apa yang penting adalah perasaan tu dan semangat untuk menyambut dan meraikan Ramadan serta menyediakan juadah berbuka sepanjang Ramadan.

3. Bagi anak2 yang telah berkeluarga dan tinggal beratus batu dengan mak ayah maka akan merasakan satu perkara wajib untuk menghubungi ibu bapa masing-masing untuk mengambil berkat, memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan mengucap selamat berbuasa. Hari2 biasa bukan Ramadan tu memang dah selalu hubungi cuma bila untuk nak masuk bulan Ramadan ni, ianya bersifat khusus dan punyai rasa yang berlainan dan wajib dilakukan bersempena memasuki bulan Ramadan...ada keistimewaan rasa yang berlainan drpd bulan2 yang lain. Begitu juga dengan di ambang syawal, juga menghadirkan rasa yang sama dengan Ramadan, malah sudah pasti lebih istimewa kerana Syawal adalah hari sambutan raya.

4. Bertaubat. Berusaha membersihkan diri daripada segala dosa dan menghindari dari perbuatan2 yang tidak baik. Melakukan Penyucian hati dan jiwa raga sepenuhnya.

5. Memohon kemaafan dengan pasangan dan ahli keluarga serta rakan taulan dengan niat untuk Ramadan yang mulia ini dapat dijalani dengan sebaiknya di sisi Allah tanpa mengendong bersama "beban dosa" yang mungkin akan menjadi penghalang kepada keberkatan Allah hadir kepada kita dengan semaksimumnya di bulan yang penuh kemuliaan ini.

6. Meningkatkan sedekah sempena mengambil berkat di bulan Ramadan. Mengenalpasti rumah anak yatim, orang tua, masjid dan surau untuk diberikan sedekah ikhlas. Sedekah ini tidak semestinya banyak tetapi sedekah ikhlad mengikut kemampuan kita.

7. Membuat persediaan awal ibadah di bulan puasa dengan meningkatkan kekerapan membaca Quran, istiqomah dalam bangun di 1/3 malam dengan niat agar ibadah ini terus menjadi rutin dan berlangsung secara istiqomah di bulan Ramadan nanti dan bulan2 seterusnya.

8. Amalan mengadakan kenduri kesyukuran dan doa selamat sempena menyambut Ramadan. Ada pelbagai nama diberikan mengikut negeri masing2 untuk kenduri sambut Ramadan ini. Semua ahli keluarga akan berkumpul dan bertemu mata. Suasana kemeriahan sudah pasti berbeza berbanding bulan yang lain. Bagi yang jauh platform maya akan menemukan. Bagi mereka yang bekerja pula, pejabat akan mengadakan Ihya Ramadan atau majlis menyambut Ramadan dengan pengisian bacaan Yasin, ucapan Pengurusan dan doa serta sedikit jamuan sebagai tanda meraikan ketibaan Ramadan.

Demikianlah antara perkara rutin yang kita lakukan apabila memasuki Ramadan. Justeru itu, bagi yang belum memulakannya, jom kita sama2 melakukannya dan menjadikannya amalan rutin dalam kehidupan kita apabila menjelangnya Ramadan...insyaAllah dengan niat suci murni yang diniatkan dengan penuh keikhlasan, maka Allah akan memberkati dan mendorong kerajinan dan kekuatan tubuh badan kita untuk melaksanakannya. Doa semoga Allah memberikan kesihatan yang baik untuk kita menjalani 30 hari Ramadan ini. Amiin YRA...

Wassalan.

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe