Skip to main content

Resepi tenang dan sukses diri dunia dan akhirat...

Sesekali kejut diri dengan "teguran manja" kepada diri sendiri. Jangan biar diri kita dalam zon selesa tanpa dikejutkan. Kita perlu buat kejutan sebab kadang2 kita terlupa tentang diri..."terlupa daratan" dan terlupa yang kita sudah terlebih. Itu yang diri memanjang jadi tak tenang dan gelisah.

Semua sifat manusia ni sama, cuma yang berbeza adalah bagaimana akal mengawal nafsu yang datang. Justeru, ingatkan akal supaya sentiasa alert dengan nafsu...lihat kekurangan diri sendiri secara berkala. Jika ada yang terlebih dalam perlakuan kita, maka bila diingatkan dan disergah tu mungkin ada rasa sedar sikit daripada lena yang panjang dan kembali ke pangkal jalan.

Hidup kita ni kadang2 kita rasa hanya kita yang betul. Kita terlupa untuk menghormati pemikiran orang lain sebagaimana kita ingin orang lain menghormati pemikiran kita. Ingat! Kita perlu berlaku adil kepada orang lain juga. Betapa kita mengharapkan orang lain memahami diri kita, maka sama juga lah dengan orang lain yang juga mengharapkan diri mereka difahami. Jika kita ingat begini, maka kita tidak perlakukan orang sebagaimana kita tak mahu kita diperlakukan begitu.

Kerana itu sesekali, ambil masa untuk merenung pada diri...bila asyik memandang kepada orang lain kita terlupa melihat kepada diri sendiri. Turunkan rasa ego dan sombong dan akur dengan kelemahan diri dan perbetulkan. Jika rasa agak susah untuk diperbetulkan, itu tandanya ego kita masih tinggi...doa pada Allah agar Allah sentiasa lembutkan hati kita yang keras. Sesekali datang rasa keras itu lumrah...tapi jika memanjang rasa keras saja..itu masalah. Makanya kena cari segera penyelesaiannya dengan kembali kepada Allah.

Sentiasa ingatkan juga kepada diri...apa jua yang kita perlakukan kepada orang lain, suatu hari nanti akan berbalik kepada kita. Itu hukum Allah..cuma lambat dengan cepat saja isunya. Jangan lupa, Allah itu Maha adil dan maha melihat atas apa jua perbuatan hambanya. Justeru, lakukan yang baik2 saja. Yang tidak baik tu buang jauh2. Guna prinsip, jika 1 benda jahat yang kita buat orang, maka 100 benda baik daripada diri kita yang Allah akan tarik...sudah pasti tak berbaloi. Jadinya, sebelum buat apa2 yang tidak baik..fikir dulu dan ingat di sini dulu. InsyaAllah atleast dapat mengawal "nafsu kegilaan" yang datang.

Orang yang benar2 berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat adalah orang yang baik dan tidak menyusahkan orang. Sabar, istiqomah, tidak mudah berputus asa, berilmu, bijak mengurus situasi dan redha atas setiap apa yang berlaku. Sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki...tiada komplen dan merungut juga antara yang utama.

Jom sama2 kita praktikkan amalan diri begini..cuba dan terus mencuba hingga berjaya...untuk bahagia, tenang dan berjaya ini saja resepinya...insyaAllah.


Salam Hormat,

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...