Skip to main content

Bertemu lagi dengan malam Nisfu Syaaban...

Malam Nisfu Syaaban...

Alhamdulillah, malam ni 14 Syaaban 1443H, bersamaan dengan 17 Mac 2022, di hari Khamis malam Jumaat Allah masih memanjangkan umur dan mengizinkan bertemu lagi dengan malam nisfu syaaban.

Malam nisfu syaaban adalah malam yang penuh dengan rahmat dan berkat selepas malam lailatulqadar.

Malam ini langit dibuka seluas-luasnya untuk diangkat doa2 kita dan malam yang sangat dikabulkan segala doa.

Malam ini juga malam Allah mengangkat buku amalan kita dan diganti dengan buku amalan yang baharu. Mulakanlah buku amalan yang baharu ini dengan amalan yang indah dengan doa, zikir, membaca Quran dan memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa2. 

Bulan Syaaban ini adalah antara bulan yang sangat baik. Ia berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Semoga kita diberikan Allah kekuatan dan kehendak yang tinggi untuk meningkatkan amalan di bulan Syaaban sebagai latihan untuk memasuki bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan, keampuan dan kerahmatan daripada Allah.

Awal maghrib tadi menerima mesej daripada seorang sahabat mengucapkan salam nisfu syaaban. Sahabat ini memang akan sentiasa menghantar mesej dan memberikan ucapan bila hari2 utama dan afdal dalam Islam tiba. Semoga sahabat saya ini sentiasa dalam jagaan dan kasih sayang Allah selalu.

Setahun yang berlalu, malam nisfu syaaban dilalui...dengan menginsafi diri dan memohon maaf kepada semua atas segala kekhilafan diri. Kini, setelah 360 hari berlalu, malam ini kembali lagi. Allahuakbar...kitaran alam, kitaran peristiwa dan kitaran masa yang Allah jadikan dan tadbirkan. Subhanallah...

Sempena malam Nisfu Syaaban ini marilah sama2 kita memohon maaf atas segala kekurangan dan kekhilafan. Malam Nisfu Syaaban ini adalah antara lima masa yang doa kita dimakbulkan Allah. InsyaAllah. Sama2 kita membersihkan hati daripada segala kekotoran dan rasa dendam, dan permusuhan. Mohon maaf atas segala salah silap dengan semua orang dan maafkan juga semua salah dan dosa orang lain kepada kita...insyaAllah...

Hidup ini jangan lah kita penuhi diri dengan sifat diri yang tidak baik...hindari sifat jahat kerana ianya membawa kerugian semata-mata. Hidup kita ini ada Penguasa dan Penciptanya...siapa kita yang merasakan diri terlalu hebat dan sangat berkuasa...Allahuakbar...ingatlah bila tiba saat ajal menjemput, tiada apa yang kita bawa melainkan amal ibadah kita saja. Segala kejahatan kita akan dihitung Allah daripada sekecil2nya sehinggalah ke sebesar2nya. Justeru, tiada berguna untuk hidup atas mukabumi Allah ini dengan sifat2 yang Allah tidak redha.

Antara kebaikan dan keutamaan Malam Nisfu Syaaban ini adalah doa kita dikabulkan. Justeru banyakkan berdoa dan meminta kepada Allah atas apa jua hajat kita. Yang paling utama adalah doa agar kita dijemput dalam husnol khotimah, kita diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk bersujud dan melakukan ibadat kepada Allah hingga akhir hayat kita, dilindungi daripada segala kejahatan dan fitnah akhir zaman dan dicukupkan rezeki drpd Allah dengan penuh rahmat dan keberkatan. Juga doa agar hati kita istiqomah di jalan kebaikan Allah.

Banyakkan amalan2 seperti solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, dan mengingati Allah pada malam nisfu syaaban ini lebih daripada hari2 yang lain.

Membaca doa Nisfu Syaaban dan menghayati maksud doa berkenaan dengan sepenuh hati. Maksud doa nisfu syaaban yang saya ambil daripada pakcik google:

  1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
  2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
  3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
  4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
  5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
  6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
  7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
  8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
  9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
  10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
  11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
  12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
  13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
  14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
  15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
  16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
  17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
  18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
  19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
  20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
  21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
  22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
  23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
  24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
  25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
  26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
  27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
  28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
  29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
  30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
  31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
  32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
  33. Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

  34. Amin Ya Rabbal’ Alamin.



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe