Skip to main content

Alkisah Lunch Time...

Lunch time tadi keluar dengan sahabat. Berbicara tentang organisasi dan kehidupan. Masing2 dengan info dan cerita tersendiri. Seronok bersembang..sekian lama tidak berkesempatan.

Jarang2 dpt plan together..last minute plan sebenarnya...sesekali berkesempatan on saja. Jika plan beria kdg tak menjadi...hal mcm2 muncul antaranya. Sesekali keluar bertukar2 cerita dan pandangan tentang banyak perkara. Menajam minda mengasah penakkulan..amboihhh..apa yang ditakkul kan ni agaknya...haha takkulan donya.

Tanpa sedar masa beredar dan nasi di pinggan habis disuap ke mulut...hampir sejam yang berlalu serasa sekejap. Rutin kehidupan di hari bekerja perlu diteruskan. Bergerak balik bagi menyambung amanah yang terhenti. Back to work...fokus...

Hidup ni sebenarnya mudah jika kita mudahkan dan ia akan rumit jika kita rumitkan. Kuncinya..dont make it complicated! Maka settle...benda mudoh ada bakpo nak pilih hok susoh nyo. Haha paroksss.

Antara topik senggang yang kami borakkan adalah:

1. Hidup ni biarlah bermanfaat dan tidak menyusahkan orang. Jujur dan ikhlas lah dalam kehidupan..jika yes maka yes la dan jika no maka no la..tak ada di antaranya like hehehe or what ever yang mendatangkan rasa sangsi dan curiga.

2. Bersyukur dengan apa yang kita miliki jangan dok sibuk dengan apa yang orang lain miliki. Rezeki kita Allah dah tentukan masing2. Urus apa yang kita ada tu dengan baik dan bijaksana. "Tak payoh la dok pikir nak masuk katok puru dale gular ore". Hehe teringat pepatah ni daripada mantan team kerja saya dulu..deep sungguh maksudnya. Teringat arwah..Al-Fatihah buat arwah Prof...

3. Tak payah menghitung hal orang sebaliknya hitung hal kita sendiri dan perbetulkan dulu mana yang kena dibetulkan. Hal diri kita pun tak cukup jari tangan jari kaki nak hitung ko sebokk nak hitung hal orang..ko dah kenapa.

4. Bertanggungjawab lah atas apa jua keputusan dan tindakan yang kita buat. Jangan penting diri sendiri. Jangan jadi pengecut. Berani kerana benar dan takut kerana salah...

5. Menyentuh juga tentang hal2 bisnes dan cabaran dalam bisnes. Tackle dan handle puncanya. Jangan meraban itu ini tapi puncanya tidak digali. Saya bukan orang bisnes..saya orang pengurusan...tapi kalau sekadar untuk manage punca dan masalah tu boleh la hudoh2. Gittchewww.

Haha, sembang punya sembang tak sedar pinggan licin. Saya licin dan dia juga licin. Dalam hati berbisik "nasi ni sikit kah atau aku yang lapar ni". Haha parah...sahabat bertanya "nak tambah nasi ke"..saya menggelengkan kepala. Cukup dengan apa yang telah dimakan tadi..sede molek doh.

Serius sedap betul masakan di kedai ni. Alhamdulillah sahabat ini memperkenalkan tempat ni kepada saya...kena lauk-pauknya dengan taste saya..sedap2 semuanya...sedap sunggohh weii..masakan minang...saya sgt suka! Confirm repeat la kan.

Sedikit bercerita tentang kedai ni ataupun boleh juga disebut warung sebenarnya. Kedainya simple dan kecil sahaja. Berada di tepi jalan utama..meja yang ada hanya boleh memuatkan dalam 20 ke 30 orang sahaja dalam satu2 masa..sekadar congakan sepintas di minda saya. Mungkin kurang sebab saya nampak bilangan mejanya sikit saja. 

Sahabat saya memilih meja makan di satu sudit dan meja tu meja yang kita perlu bersila...dia yang terlebih dulu ambil makanan dan memilih tempat duduk..saya yang kemudian ni akur saja mana pilihan tempat duduk yang dipilih...buka kasut dan melangkah naik dan duduk la bersila. Sesekali bersila di meja bawah ni best juga...tapi masa nak bangun kaki dah semut2...adoiii la..haha..

Apapun pertemuan hampir sejam wrap up segalanya...makanan best giler dan sajian borak santai yang best2 juga...insyaAllah akan menjadi port saya la nanti tempat ni...saya beri 15/10. Markah bonus sebab sedap masakannya dan tempatnya pun nyaman, suasana ala2 kampung...ya minang style...banyak lagi menu yang wajib dicuba!

Itulah namanya persahabatan. Menemukan rasa bahagia dan gembira. Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan adalah kunci utama. Ia akan menyemai rasa seribu penghargaan dan kemanisan bersahabat...sahabat hingga syurga pasti. InsyaAllah.

Salam santai,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe