Skip to main content

Cerita Tentang Kursus LNP...

Dua minggu lepas berpeluang menghadiri kursus satu hari tentang Neuro Linguistic Programming (NLP).

Mengimbau saat mula2 mengenali LNP lebih 15 tahun lalu..MasyaAllah sudah lama rupanya masa itu ditinggalkan. Masih segar di ingatan kursus selama 3 hari dihadiri di Hotel Renaissance, milik UNITEN (kini ditukar nama kepada Hotel R&R) dengan bayaran sebanyak RM700++. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Md Taib Mat, iaitu pengasas LNP di Malaysia bersama team beliau...masa tu, kalau saya tak salah, LNP ni baru mula2 nak bertapak di Malaysia. Semasa kursus itu, saya ada membeli satu buku berkaitan LNP tulisan Tuan Hj Md Taib.

Secara ringkas untuk difahami, NLP ini bermaksud gabungan perlakuan (Program), neurologikal atau saraf (Neuro) dan bahasa (Linguistik). NLP sebenarnya adalah satu tool, di mana dalamnya ada teknik paling berkesan yang boleh digunakan untuk mengubah sikap, pemikiran dan perlakuan seseorang individu atau kumpulan. NLP merupakan satu pendekatan komunikasi, pembangunan diri dan psikoterapi yang telah diasaskan oleh Richard Bandler dan John Grinder di California, USA pada awal 1970-an.

Neuro itu adalah sesuatu yang berkaitan dengan minda, iaitu apa yang kita fikirkan.
Linguistik pula berkaitan dengan komunikasi iaitu apa yang kita sampaikan melalui bahasa lisan atau tubuh.
Programming pula berkaitan dengan struktur, proses atau tabiat yang mendorong perbuatan, tindakan dan tingkahlaku. Programming membawa maksud pemprosesan maklumat dan cara ia mencorak minda dan membentuk acuan.

Masih melekat di minda dan hati saya, ilmu yang dipelajari pada masa itu tentang kuasa visualise.  Bagaimana teknik visualisasi dapat "merubah" impian kita menjadi nyata. Sehingga kini saya masih dan sentiasa mengamalkan teknik visualkan/bayangkan sesuatu itu atau apa yang kita nak itu dalam minda...letakkan sepenuh hati, jiwa, emosi, dan intuiti kita semasa proses visualisasi ini. Spritual kita tetap kepada Allah yang satu. 

Bayangkan yang baik2 yang positif saja dalam minda sehingga ianya auto digerakkan oleh minda separa sedar kita (subconcious mind). Kita perlu ingat, dalam diri kita ini, hanya 10 peratus saja tindakan kita dikawal oleh minda sedar (concious mind), 90 peratus lagi adalah auto tindakan di bawah minda separa sedar.

Pegang kata kunci ini...untuk kita bermotivasi, berinspirasi dan terus kekal steady dan kuat, kita perlu sentiasa aktifkan dan ransangkan minda separa sedar kita...biar subconcious mind kita yang bekerja untuk mencapai impian dan hasrat kita...juga sukses dalam kehidupan ini. Ubat untuk ransangkan minda separa sedar hanyalah unsur positif sahaja...elemen negatif langsung tak boleh ada...agak sukar juga..terkadang saya tewas juga dek unsur2 negatif ni...tapi tak mengapa bykkan istigfar untuk kita putuskan semula unsur negatif tadi. InsyaAllah.

Justeru itu, cari dan gali bagaimana minda bawah sedar kita berfungsi dan bertindak...minda sedar berasaskan pemikiran logik, manakala minda separa sedar kita lebih kepada hati, jiwa, intuisi (gerak hati) dan emosi. Maksudnya lebih kepada spritual.

Justeru, minda separa sedar perlu diransang dengan zikir, doa, amalan2 baik, juga ditambah dengan monolog kepada diri (monolog dengan roh kita) dengan membisikkan perkara yang positif dan indah saja...jangan memberikan unsur atau gelombang negatif kepada diri kita kerana unsur negatif ini akan terus matikan/putuskan fungsi tindakan minda separa sedar kita.

Orait, kita kembali pula kepada alkisah kursus sehari yang saya hadiri ini. Setelah sekian lama, saya berpeluang bersama lagi dalam kursus LNP. Alhamdulillah susunan Allah. Kursus satu hari ni dihadiri di salah sebuah hotel di Putrajaya. Kali ini berpeluang menuntut ilmu LNP dengan mantan boss lebih 15 tahun lalu...Prof. Ir. Datuk Dr. Mohd. Jailani, atau dulu2 saya biasa memanggil beliau dengan Prof Jai.

Happy dapat bertemu kembali beliau. Raut wajah dan susuk badan tidak berubah. Masih nampak bertenaga seperti dulu2 juga. Dulu semasa bersama di satu PTJ, beliau belum lagi terlibat dengan LNP. Setelah meninggalkan UKM, beliau mula berjinak2 dgn ilmu LNP dan kini menjadi pengamal dan penceramah hebat LNP.

Beliau telah berjaya menghasilkan dua buah buku berkaitan LNP. Salah satu buku tulisan penuh beliau menggunakan mantera "Pasak Minda Perkasa Jiwa". Pada hari itu, saya membeli kedua2 buku berkenaan dan insyaAllah akan dibaca habis dalam tempoh sebulan dua ini.

Sepanjang satu hari bersama Datuk Jai, banyak ilmu yang dipelajari. Antaranya,  saya kongsikan di sini.

1. Ilmu berkaitan senaman pernafasan enam enam. Tarik nafas ikut hidung dalam kiraan enam, tahan di perut dalam kiraan enam dan hembus keluar melalui mulut dalam kiraan enam. Semasa menarik nafas, bayangkan kita menyedut semua unsur yang baik masuk ke dalam badan kita dan semasa menghembus keluar, bayangkan semua unsur yang tidak baik dikeluarkan. Bayangkan semua penyakit dihembus keluar. Lakukan sepenuh hati dengan hati sepenuhnya beristifar dan mengingati Allah. Lakukan tiga kali sehari. InsyaAllah, kebaikan buat rohani dan spritual kita, hati, jiwa, dan minda kita.

2. Perkara kedua yang saya pasakkan di minda adalah tentang diri kita ini berada dalam kategori orang yang bagaimana...orang visual, orang Auditori , atau orang kinestatik. Ketiga2 VAK ini membawa gambaran tertentu tentang diri kita. Ada soalan2 yang perlu dijawab terlebih dahulu untuk kita mengetahui kita dalam kategori yang mana. Penting untuk tahu kita dalam jenis yang mana satu,  kerana nanti mudah untuk kita berada dalam radar dan nada yang sama dengan seseorang itu...mudah handle dan mudah capai keharmonian dan kesepakatan. Jika dalam organisasi, maka akan membawa kejayaan cemerlang kepada organisasi. Jika dalam kehidupan peribadi pula akan membawa keharmonian dan kebaikan dalam kehidupan. InsyaAllah.

3. Mempelajari bagaimana kawalan nafas dapat menewaskan atau mengalahkan orang yang sedang marah atau berniat tidak baik dengan kita. Walaupun kaedah ini memerlukan latihan secara istiqomah, namun sekurang2nya diketahui kaedahnya. InsyaAllah barokah jua nanti.

Demikianlah serba sedikit perkongsian tentang beberapa ilmu yang dikongsikan oleh Datuk Jai. Semoga bermanfaat jua buat semua. InsyaAllah, Allah memberkati ilmu yang diterima dan diamalkan secara istiqomah.

Salam hormat,

RZH.


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe