Skip to main content

Personaliti Orang Berdarah "O"...

Kali ni lari topik sikit untuk menulis. Malam semalam terbaca di internet mengenai Fakta Orang Berdarah "O". Tidak sengaja mencari topik ini sebenarnya, saya sedang mencari info tentang perkara lain tapi tulisan ini tiba-tiba muncul di skrin telefon bimbit ni...makanya baca sampai habis sebab saya sentiasa menganggap apa jua yang Allah hadirkan di mata saya, maka ada "sesuatu" yang ingin Allah sampaikan. Setelah habis pembacaan, hati saya berbisik, "Wah, menarik juga fakta orang berdarah "O" ni".


Justerunya, oleh kerana fakta ini agak menarik, makanya saya kongsikan di sini. Mungkin boleh menjadi perangsang dan motivasi kepada diri sendiri dan pengunjung yang turut berminat dengan fakta ini. Saya catatkan sumber asal tulisan ini.


Sumber: myinfomaya.com

Kata penulis berkenaan personaliti orang berdarah "O" ini adalah:

1. Seorang teman yang sejati! Dia tidak akan mengkhianati teman sendiri!

2. Komitmen tinggi! Apapun kerja yang dilakukan pasti sampai siap.

3. Rela melepaskan pemergian seseorang demi kebahagiaan orang tersebut, lalu secara diam-diam menitiskan air mata di belakangnya.

4. Selalu berusaha untuk kelihatan kuat dan mandiri, tetapi kalau lagi sedih pasti menyembunyikannya.

5. Dari luar kelihatan tegar, keras, tapi sebenarnya hatinya mudah terluka.

6. Setia! Bila dah sayang pada seseorang, tidak akan dilupakan!

7. Mudah tersentuh!

8. Kelihatan acuh tak acuh, tidak kisah, padahal sebenarnya sensitif, memahami, cuma suka berpura-pura ego.

9. Adil, paling benci kebohongan dan kemunafikan.

10. Jika dilakukan baik pasti dibalas baik juga, tapi jika dilakukan jahat boleh menjadi lebih jahat.

11. Berani cuma takut gagal, bagaimanapun juga seorang yang selalu berusaha untuk tabah.

12. Tidak berhitung, masalah kecil pasti dilupakan, tidak berdendam.

13. Kebaikan orang selalu diingati dan dibalas malah dua kali ganda.


Sekadar perkongsian jua penulisan daripada sumber yang dinyatakan di atas berkaitan Personaliti Orang Berdarah O...sejauh manakah kebenaran kepada fakta ini, saya sendiripun tidak pasti. Namun yang pasti, secara terus terang daripada saya...sebagai orang yang berdarah O, semua fakta yang dinyatakan di atas adalah sama seperti personaliti yang saya miliki...apakah mungkin ianya hanya kebetulan...hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui. 


Yang paling menarik tu..tang "Adil, paling benci kebohongan dan kemunafikan."...yang ni memang sangat tepat sekali...mendominasi keseluruhan yang lain! Justeru, jangan main-main dan anggap enteng sebarang pembohongan dan kemunafikan yang dibuat dengan orang berdarah "O"..pantang sepantang-pantangnya!


Wallahu a'lam bish-shawabi.

RZH

 

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...