Skip to main content

Karya DS Zaini Ujang

Lewat malam ni terbaca tulisan Dato' Seri Zaini Ujang yang diberi tajuk "Ketika Diuji". Sentiasa hebat Karya puitis daripada beliau.

Saya kongsikan di bawah tulisan beliau:


KETIKA DIUJI

Oleh Zaini Ujang


Ketika diuji dengan kesakitan

Carilah penawar untuk menyembuhkan

Ketika diuji dengan kemelesatan

Tenang berfikir merungkai penyelesaian 

Ketika diuji dengan kepayahan

Berusaha dan berdoa untuk kebahagian

Ketika diuji dengan peperiksaan

Belajarlah sebaiknya tangga kecemerlangan  

Ketika diuji dengan keilmuan

Tekunlah berguru menjernih ketulusan

Ketika diuji dengan kegagalan

Teruskan usaha memaknakan kejayaan

Ketika diuji dengan kemiskinan

Carilah ilmu mempelbagai kekayaan

Ketika diuji dengan kemenangan

Perbanyakan sedekah tanda kesyukuran 

Ketika diuji dengan kedudukan

Luaskan pergaulan menyubur kebaktian 

Ketika diuji dengan kesenangan

Kekal istiqamah meningkat ketaqwaan

Ketika diuji dengan pelbagai ujian

Tandanya Allah semakin sayang, semakin mulia amalan dan semakin tinggi keimanan:


“Mahasuci Allah yang menguasai segala kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.”

(Al-Mulk: 1-2)


Alor Star l 31 Mei 2020 l Ahad

PKP#74


Secara terus terang saya suka membaca karya Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. Pemikiran beliau yang hebat dan penulisan beliau yang puitis memang menjadikan saya tidak melepaskan peluang untuk membaca sampai habis penulisan beliau di FB bagi tajuk yang menarik minat saya. Kebetulan beliau adalah FB friends list saya, makanya hasil karya beliau dapat direct dgn saya.


Kembali kepada tajuk "ketika diuji", memang best sebenarnya untuk membuat garapan tentang tajuk ini. Saya berhasrat untuk menulis juga tentang tajuk ini tapi tidak malam ni. InsyaAllah sikit masa lagi bila berkelapangan nanti.


Secara terus terang, ketika diuji kita akan lalui saat perit dan pedih yang hanya kita yang tahu sakitnya. Ketika diuji inilah, kita akan "kembali mencari Allah" kerana hanya Allah jua tempat mengadu dan meminta...percaya dan yakin lah bahawa untuk meleraikan seribu satu rasa hanya Allah jua yang dapat memberi bantuan dan pertolongan.


Salam Hormat,

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe