Skip to main content

Hati Yang Tidak Pernah Puas. .

Sesambil duduk berehat...terlintas nak menulis tajuk ini....makanya capai phone dan buka blog...terus menaip. Penulisan santai ni biasanya saya menulis guna phone saja...kalau yang berat2 sikit tu kena buka laptop sebab banyak rujukan perlu dibuat sebelum penulisan dibuat.


Soal "hati yang tidak pernah puas..."

Bila membaca kenyataan pendek di atas apa agaknya yang hadir dalam pemikiran kita. Hati yang tidak pernah puas ini boleh dikaitkan dengan macam-macam sebenarnya. Antaranya adalah:

1. Kurang keimanan dalam diri. Kurangnya keimanan dalam diri menjadikan manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang dimiliki...kurangnya iman itu menjadikan manusia merasakan dunia ini tidak akan berakhir dan kehidupannya tidak akan menemui noktah...kurangnya iman kepada Allah menjadikan manusia tidak menghayati dan memahami hakikat Qada dan Qadar Allah.

2. Kurang rasa bersyukur dalam diri. Kurang rasa bersyukur menjadikan manusia sentiasa rasa tidak cukup dan tidak puas dgn apa yang ada. Kurang rasa bersyukur menjadikan rezeki kita tidak berkat.  Justeru, tingkatkan lah rasa kesyukuran dalam diri dengan rezeki yang Allah berikan ini supaya apa jua yg kita nikmati itu mendapat keberkatan Allah...bila berkat pasti cukup. 

3. Perasaan tamak haloba yang sangat tinggi. Sifat tamak itu menjadikan manusia nak semuanya...kalau boleh semua bintang di langit nak digapai dan nak dimiliki. Perasaan tamak ini menjadikan manusia lupa bahawa sifat yang sebegitu sangat tidak disukai oleh Allah. Soal tamak dan haloba ini adalah hasutan syaitan untuk menjadikan manusia rakus dan bersifat materialistik.

4. Sikap ingin lebih dari orang lain, terlalu ingin menonjol diri dan gila populariti juga menjadikan manusia tidak pernah merasa puas. Manusia merasakan apa yang telah dimiliki sentiasa tidak cukup untuk menjadi popular.

5. Sikap manusia yang cepat bosan dengan apa yang dimiliki dan selalu inginkan yang baharu. Sikap ini juga menjadi salah satu faktor mengapa manusia sentiasa rasa tidak pernah puas...sudah ada pun benda yang sama...tapi masih juga nakkan yang baharu...ini pun "penyakit" sebenarnya.

6. Sikap tidak tahu menghargai apa yang telah sedia dimiliki juga merupakan faktor yang menyumbang kepada rasa yang tidak pernah puas. Belajarlah menghargai apa yang telah kita miliki supaya kita tidak mengejar apa yang bukan milik kita.


Kesimpulannya, perkara-perkara inilah antara penyebab kepada mengapa manusia tidak pernah merasa puas. Justeru, untuk menghindari kita daripada "penyakit-penyakit" ini, makanya sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita diberikan Allah hati yang baik, diberikan Allah keimanan yang tinggi dan diberkati Allah atas segala rezeki yang diberikan supaya kita sentiasa merasa cukup....sikitpun cukup...banyak pun lebih daripada cukup....


Salam hormat,

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe