Skip to main content

Kita adalah apa yang kita lakukan......

Kehidupan yang damai, tenang dan bahagia adalah apabila kita mengamalkan sikap yang ikhlas, istiqomah, dan jangan terlalu memikirkan.

Bagaimana?

Pertamanya, fahami dan dalami maksud ikhlas itu. Secara straight forward nya, ikhlas adalah apabila kita melakukan sesuatu tanpa kita mengharapkan balasan. Waima satu pengucapan terima kasih yang kita ucapkan tidak perlu kita menunggu respon "sama-sama" atau "terima kasih kembali" dibalas kepada kita.


Ketahuilah, selagi dalam diri kita masih mengharapkan balasan manusia, penghargaan dan pujian manusia, maka selagi itu lah Allah menyekatkan diri kita dari sifat redha dan berlapang dada. Tanpa redha dan berlapang dada, kita akan menjadi manusia yang punyai hati yang fragile...mudah terasa, mudah tersinggung, dan berjauh hati.


Keduanya, istiqomah. Istiqomah bermaksud tetap atau berpendirian, di mana kita melakukan atau mengamalkan sesuatu secara berterusan dan bukan ikut mood kejap buat kejap tidak. Istiqomah dalam erti kata kita melakukan sesuatu dengan penuh rasa bahagia dan gembira dan kita semakin hari semakin berusaha dan teruja untuk terus menambahbaik setiap apa yang dilakukan demi suatu rasa yang hanya kita yang tahu tentang nikmat rasa itu.


Tanpa istiqomah, kita tidak akan berjaya dalam apa jua yang kita harapkan. Setakat hangat2 tahi ayam, jangan kita mimpi untuk meraih kejayaan kerana kejayaan itu akan datang dengan amalan secara berterusan tanpa mengenal malas, jemu dan putus asa.


Ketiga, jangan terlalu memikirkan. Dalam sebutan ringkas adalah "Don't over think". Terlalu memikirkan atau terlebih memikirkan akan membuat kita jadi anxiety, di mana hati dan perasaan kita resah dan gelisah, serta penuh kebimbangan terhadap perkara yang belum berlaku dan mungkin tidak akan berlakupun. Kita sendiri mereka-reka cerita dan menambah "drama" dalam imaginasi kita yang akhirnya memusnahkan perasaan kita sendiri.


Justeru, sentiasa berusaha untuk ikhlaskan diri atas apa jua yang kita lakukan. Latih diri untuk tidak mendambakan dan mengejar balasan manusia sebaliknya perhatian Allah jua yang kita cari. Istiqomah lah atas apa jua yang kita lakukan dan amalkan kerana istiqomah itu menjadikan kita akan terus fokus. Dan yang terakhir, jangan kita terlalu memikir sesuatu yang belum pasti sehingga diri kita resah tanpa penghujung. Keresahan dan kegelisahan ini akan menyebabkan hati kita tidak tenteram dan kita tidak dapat menikmati rasa bahagia yang maksimum.


Sekadar bicara rasa,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...