Skip to main content

Bicara Manis...

Penulisan malam ni hanya sekadar penulisan santai "main redah" dan berbasa basi saja...seronok2 killing time ajerrr.


Bicara manis ni merujuk kepada tutur kata yang elok dan baik-baik saja yang keluar dari mulut kita. Dalam konteks komunikasi, bicara kita akan memberi kesan yang baik kepada orang lain andainya bicara itu membahagiakan dan begitu lah sebaliknya. Di mana kata-kata kita akan menyinggung hati dan perasaan orang lain sekiranya ianya menyakitkan.


Justeru, dalam perbualan seharian, pastikan kita menuturkan bicara manis dan indah sahaja agar tiada hati yang terluka dengan tutur kata kita.


Kita perlu ingat komunikasi yang baik (tutur kata berbalas) dan berkesan adalah apabila kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi mendapat kepuasan dan secara bersama dan tiada salah faham yang berlaku antara keduanya.


Secara ringkas bagaimana agaknya untuk kita memastikan bicara atau tutur kata kita itu adalah yang baik-baik dan indah. Sudah pasti ada kaedahnya yang perlu diketahui. Antaranya adalah:

1. Mulakan dengan senyuman. Raut wajah yang manis dengan senyuman akan menggamit tutur kata kita yang elok.

2. Elakkan membuat andaian awal kepada seseorang kerana andaian kita ini akan menyebabkan tutur kata kita juga terikut dengan andaian awal yang telah dibuat.

3. Pastikan body language kita adalah positif..eye contact dan facial expression yang baik...perlu jaga supaya sentiasa dalam perlakuan dan pergerakan yang baik.

4. Dalam menjalinkan satu2 perhubungan awal...tidak perlu la kita sibuk nak highlight tentang prestij diri dan siapa kita. Elak sama sekali! Sebab bila kita jenis yang bersikap begini, kita tend untuk menuturkan kata2 yang bersifat, ujub, besar diri, dan ego.

5. Sentiasa amalkan sikap menghormati yang tinggi walau kepada siapa jua kerana sifat menghormati ini akan menjadikan kita akan menjaga tutur kata kita sebaiknya untuk kita kekal menghormati dan dihormati.


Kesimpulannya, pemikiran, personaliti dan perwatakan serta  cara kita berkomunikasi memainkan yang sangat penting dalam mempengaruhi bual bicara dan tutur kata kita. Justeru, pelihara lah ketiga-tiga elemen penting ini agar kita sentiasa menuturkan bicara manis tanpa menghiris kalbu orang lain. Biasakan perkara yang baik maka kita akan tidak biasa atau kekok dengan perkara yang tidak baik.


Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...