Skip to main content

Kadang-kadang terfikir...

Kadang-kadang terfikir mengapalah kita manusia ni memang begitu mendambakan dan taksub dengan duniawi. Hakikat ini sebenarnya memonopoli majoriti orang termasuklah diri saya juga.


Sesekali datang di pemikiran, mengapalah perlu ada tamak, haloba, gila kuasa, perebutan, perbalahan, pergaduhan, pembunuhan, dan sebagainya lagi yang berbentuk keduniaan, sedangkan pada hakikatnya kita tidak lamapun hidup atas dunia ni. 


Betapa ketaksuban kepada dunia itu seakan kita akan hidup selamanya di dunia...seakannya kita akan kekal gagah perkasa dan berkuasa selamanya...seakannya tiada istilah "mati" dalam kamus kehidupan kita.


Sedangkan hakikatnya, Allah telah sebut bahawa "setiap yang bernyawa itu akan merasai mati", makanya mengapa kita tidak menghayati dengan sedalamnya hakikat itu.


Mati itu pasti...anak kecil, remaja, dewasa, dan orang tua semuanya akan mati bila tiba saat janji Allah. Semua orang akan mati tidak mengira umur, pangkat, kaya atau miskin. Justerunya, bawalah diri kita untuk sentiasa mengingati mati kerana dengan mengingati mati, kita akan tahu bahawa hidup kita di dunia ni sementara. Jadinya kita akan tahu bahawa tiada perlunya untuk kita begitu taksub kepada dunia hingga kita terlupa bahawa suatu hari nanti kita akan pergi meninggalkan segala apa yang kita ada...yang dibawa bersama hanyalah kain kafan dan amalan di sisi Allah saja.


Aduhaiii..sesekali memikirkan tentang hakikat ini rasa bergetar hati. Saat seketika itu juga terasa tidak ada nilai dan maknanya sebuah nama, populariti, pangkat, kuasa dan pemilikan dunia, dan kegilaan kepada dunia. Seakan ruginya menjadi hamba Allah kalau sepanjang memiliki hayat ini hanya dunia saja menjadi keutamaan kita...Allahu.


Tapi itu lah...kita manusia ni banyak lupa...terlupa bahawa tanah yang kita pijak dan langit yang kita junjung ini adalah milik mutlak Allah. Kita perasan yang semua itu milik kita. Kita terlupa bila sampai janji Allah, semua itu akan kita tinggalkan...dunia ini sendiri juga akan musnah...langit ini juga akan hancur dan musnah...bila kiamat nanti langit akan digulungkan bersatu dgn bumi menjadi satu hamparan yang maha besar...dan hamparan inilah tempatnya nanti kita semua akan berkumpul...padang yang dipanggil sebagai Padang Mahsyar...Allahuakbar...


Justerunya, bila sesekali berfikir tentang ini, makanya dalam hidup ni tak perlulah begitu taksub sangat atas apa jua perkara yang bersifat duniawi...untuk apa sebenarnya kita dok berebut pangkat, berebut kuasa, mengejar kekayaan, bergaduh, bermasam muka, riak dan takabur, bermegah2 dengan kuasa dan pangkat, dan seribu satu macam lagi sikap yang boleh membawa kita kepada kegilaan kepada dunia.


Sama-samalah kita mengingatkan diri tentang dunia ini adalah tempat sementara. Hidup yang kekal abadi nanti adalah di sana. Kerana kita mudah lupa...sentiasalah berdoa kepada Allah agar kita semua tidak termasuk dalam golongan yang merajakan dunia...semoga Allah sentiasa memberikan kita rasa mencintai akhirat lebih daripada mencintai dunia...insyaAllah.


Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe