Skip to main content

Lepat Pisang Sedap...

Al-kisah cerita bagaimana terjadinya "kemenjadian" lepat pisang ni. 

Pagi tadi tertengok di status adik ipar di kampung yang up kan mak saya buat lepat pisang sempena ada Majlis Cabut Kutu. Sebulan sekali memang ramai lah geng mak saya berkumpul di rumah untuk sesi cabut kutu ni. Cabut kutu ni bukan cabut kutu kepala ya...kutu adalah konsep tabungan/simpanan bulanan ahli yang bermain kutu, dan sebulan sekali akan ada sorang yang dapat...begitu la seterusnya pada setiap bulan sehinggalah selesai semua ahli mendapat giliran.


Okey berbalik kepada cerita lepat tadi, dek kerana terliur punya pasal lepat pisang hasil air tangan mak saya, makanya mula saya berkreativiti untuk membuatnya...terbayang rasa sedap lepat pisang mak saya...saya jamin sedap cukup lengkap lemak manis nya walaupun saya tahu mak saya jarang sekali sebenarnya buat lepat pisang.


Sayapun minta Mr. Husband p cari pisang dan daun pisang...malangnya pisang aje dapat, daun pisang memang tak ada jual di Kedai Acheh ni..tak nak menghampakan isteri punya pasal, makanya Mr. Husband mintalah sikit daun pisang jiran depan rumah. Jiran kami ni ada tanam pisang...pisang masih muda, makanya daun pisang saya nak buat membungkuspun muda la juga...tak apa la bisik hati saya...yang penting ada daun pisang untuk saya membungkus dan seterusnya mengukus kuih lepat ni.


Bercakap tentang lepat pisang, saya memang jenis suka yang lembut...maksudnya yang kurang tepung...saya tak suka taruk tepung banyak nanti lepat tu keras...hilang nikmat sedap lepat pisang tau..begitu juga kalau saya buat cekodok, memang kena lembut dan gebu gebas.


Jom kita tengok bahan2 untuk lepat pisang sedap daripada saya..

Bahan-bahan:

1. 10 biji pisang. Apa2 pisang pun boleh. Saya guna pisang berangan yang kulit licin tu, seakan pisang embun rasanya.

2. 10 sudu besar gula putih. Bergantung kpd saiz pisang, kalau pisang tu saiz besar maka rationya 1:1. Saya guna formula ni senang untuk saya mengagak cukup tahap manisnya.

3. 13-15 sudu besar tepung gandum. Agak2 ya..jgn terkeras, lepat nanti tak sedap...kalau lebih tepung memang tak sedap la lepat tu.

4. Secubit garam halus.

5. Santan kotak dalam setengah kotak.


Cara-cara:

1. Potong kecil pisang dan lenyek2 kan hingga hancur. Saya terus campur sekali gula masa proses melenyek ni. Seperti gambar di bawah.


2. Bila pisang sudah hancur lumat, masukkan tepung dan santan juga garam. Kacau sebati.


3. Kemudiannya, sudukan dalam dua atau tiga sudu bergantung kpd saiz daun pisangnya ya.


4. Lipatkan dan tutup kemas daun pisang dan susun dalam kukusan. Lipat dan tutup memang kena betul2 kemas sebab tak mahu nanti adunannya keluar. Adunan saya memang cair cket sebab inginkan lepat yang betul2 lembut.

5. Panaskan siap2 air dalam kukusan semasa proses membungkus lepat supaya nant bila lepat dah selesai dibungkus boleh terua dikukus. Kukus dalam 20-30 minit. Bila dah masak boleh diangkat dan biarkan sejuk dahulu.



Maka done la lepat pisang kita...boleh dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba.


Salam Hormat,

RZH





Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe