Skip to main content

Talapia Goreng Bercili Ala Minang

Cerita dua tiga hari lepas. Ikan talapia yang dibawa balik oleh Mr. Husband. Balik dari ofis tengok di sinki ada 10 ekor ikan ini yang sudah siap disiang.

"wah sedap ni dibuat goreng dan makan panas-panas". Bisik hati kecil saya. Untuk makan lewat petang tu, saya just goreng empat ekor dan selebihnya saya simpan dulu.

Keesokannya saya full dgn meeting, jadi tak sempat untuk masak yang berat2. Makanya masak yang simple2 saja..menu ikan talapia goreng lagi la nampaknya yang paling mudah. Tapi saya buat goreng ala bercili...Saya panggil menu ni tumis bercili ala minang.

Goreng bercili ala minang ni mmg sangat sedap tidak terkata. Bagi yang suka kepada masakan pedas memang lagi best. Namun bagi yang tidak suka pedas pun ok, jangan ambil kuah cili tu banyak, ketepikan cilinya dan ambil ikannya saja.

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

Bahan-bahan:
1. Ikan talapia 4 ekor.
2. Bawang Holland satu labu
3. Bawang putih dua ulas.
4. Cili api satu genggam - 20 biji lebih
5. Sedikit air asam jawa (asam jawa setengah sudu teh saja).
6. Garam dan gula.
7. Sedikit perasa jika suka.

Cara-cara:

1. Cuci bersih ikan. Cucian terakhir cuci dengan sedikit air asam jawa atau sedikit gandum untuk hilangkan hanyir ikan.

2. Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Garam dan kunyit dalam satu sudu besar digaul rata.

3. Goreng ikan dan ketepikan.

4. Tumbuk cili api dan bawang putih..tumbuk hancur tapi tidak lumat sangat. Masukkan terus dua atau tiga sudu besar gula.

5. Mayang halus bawang holland.

6. Tumis bawang holland hingga kekuningan dan masukkan bawang tumbuk. Tumis lagi dalam tujuh lapan minit, tidak perlu lama sangat sebab sambal ni dah mcm sambal lada, masuk garam dan sedikit air asam jawa. Gaul serata dan tumis dalam dua tiga minit dan boleh masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau rata sehingga ikan berpalut rata dengan sambal.

Taraaaa..siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba. Memang akan ulang membuatnya. InsyaAllah.

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...