Skip to main content

Donut Pandan Comey...




Hari ni buat Donut Pandan. Happy dan bahagia bila dapat buat kuih-muih. Hari ni memilih untuk buat donut ni. Terapi rasa bila tengok bulat2 comey ni. Kalau buat donut, saya memang suka buat saiz kiut miut aje...suka tengok yang bulat2 saiz kecik. 

Satu bancuhan yang saya buat ni boleh dapat dalam 45 biji. Saya guna dlm 4 cawan lebih tepung saja. Dapat bagi jiran sikit, boleh sama2 buat minum petang. Makan panas2 memang sedap sangat. Lepas satu satu masuk mulut tak perasan sebab gebu sangat dan size nya kecik2 aje.

Resepi donut ni sama seperti yang pernah saya kongsi sebelum ni. Cuma kali ni saya tambah air pandan dalam 1/4 cawan, juga sedikit essence warna epal hijau. Secara ringkas untuk bahan2nya, donut ni menggunakan 4 cawan setengah gandum, 11gm yis serbuk, gula dua sudu dan dua sudu susu lemak manis, air suam 3/4 cawan, dua sudu besar margerin, telur sebiji dan secubit garam, juga sedikit air daun pandan yang telah diblend. Daun pandan ni dalam dua helai.

Secara terus terang sedap sgt donut ni. Resepi asal saya ambil daripada youtube Rezeki Dapur Kita (sape yang nak cuba boleh tengok step by step di youtube RDK ya). Tapi saya ubah suai sikit sebab saya nak buat perasa pandan.

Gebu dan lembut sangat. Ada lebih sikit saya frozen kan. Kalau nak di frozen kan jangan goreng betul2 masak, tapi goreng separuh masak saja. Esok lusa bila rasa nak makan boleh defrost dan goreng saja sekejap, gaul gula then siap.

Kalau hari minggu memang ada aje plan saya memasak itu ini. Bila masakan tu  menjadi kesukaan kita, makanya pasti nak masuk dapur juga untuk buat itu ini mengikut menu yang disukai.



Saya akan lubangkan di tengah2 nanti masa nak goreng. Sambil angkat untuk masukkan ke dalam kuali saya picitkan di tengahnya guna ibu jari dan jari telunjuk. Pada saya bila lubangkan dekat nak goreng, ianya lagi mudah dan cantik.


Doh naik lebih daripada sekali ganda.

Salam Hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...