Skip to main content

Lasagna Daging Sedap Sangat...

Awal pagi tadi Nis Nedi req mamanya buat Lasagna. Kebetulan saya juga sedang dok fikir-fikir apa nak masak hari ni. Makanya sedang elok la.

Hari ni juga kebetulannya dah boleh dibenarkan dua orang dalam kereta. Sejak PKPD, langsung tak keluar beli barang dgn Mr. Husband. Hanya Mr. Husband sorang saja yang keluar. Makanya hari ni kita on la Lasagna. Keluar la cari barang dan kebetulan top up untuk barang dapur sekali yang dah hampir habis. Juga beli barang2 untuk persiapan menu Raya Haji juga sekali.

Kembali kepada Lasagna, saya memang antara peminat Lasagna ni tapi syaratnya mesti kena dengan selera saya la...Lasagna ni saya suka white sos nya atau kita panggil sos putihnya atau juga dipanggil sos bechamel di samping mozarella cheese yang kena banyak la...kiranya kena double cheese. Juga sos merah yang tidak masam sngt rasanya..kena balance dgn rasa manis sedikit. Sos merah saya ni saya tak taruk tomato sbb sos bolognese ni dah memadai untuk rasa tomatonya. 

Membuat lasagna sebenarnya mudah saja, cuma dia ada banyak steps. Jom kita tengok cara buat lasagna daging cara anggerikdesa.

Bahan2 untuk sos merah:

Bawang holland satu labu
Bawang putih tujuh lapan ulas
Dua sudu besar Minyak zaitun untuk menumis
1/4 cawan fresh milk atau susu cair.
Sedikit dried herbs: Arigano, Basil dan Parsley
Daging hancur satu paket kecil
Capsicum satu biji
Cendawan button (jika suka boleh letak tapi saya tak letak)
Sos Bolognese satu botol kecil
Dua kiub ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Mayang halus atau potong dadu/cincang bawang holland dan bawang putih dan capsicum.
2. Tumiskan semua bawang sehingga kekuningan. Dan masukkan daging hancur. Masak sehingga air hampir kering dan daging masak.
3. Masukkan sos bolognese. Jika tiada sos bolognese boleh ganti dengan cili blend dan sos tomato juga sos cili di rumah. Kacau beberapa minit.
4. Masukkan susu cair, semua herbs dan capsicum. Kacau sekejap
5. Masukkan garam, gula dan kiub ayam. Didihkan sehingga agak kering sedikit dan boleh ditutup api dan ketepikan dulu.


Bahan-bahan untuk white sauce:
Bawang Holland satu labu.
Fresh milk satu kotak (1 Liter)
Butter satu buku
250 gm tepung gandum
Dua keping mozarella cheese
Sedikit parmesan cheese
Kiub ayam 2 
Sedikit lada putih atau lada sulah
Garam
Jika suka boleh letak satu sudu gula, sekadar untuk balancekan rasa.

Cara-cara:
1. Panaskan butter.
2. Tumiskan bawang holland yang telaj diracik halus. Tumis sehingga kekuningan
dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga serata semuanya. Tepung gandum akan berbentuk macam doh..kacau dlm dua tiga minit dan terus masukkan fresh milk. Kacau guna whisk, guna api sederhana. Kacau sehingga menjadi kuah yang likat dan tidak berketul.
3. Masukkan kepingan cheese mozarella dua atau tiga keping, sedikit cheese parmesan, kiub ayam dan sedikit serbuk lada putih/lada sulah.
4. Masukkan sedikit garam dan jika suka sedikit gula sekadar penyedap rasa.

Seterusnya sediakan loyang 9x9 dan masukkan kepingan lasagna, sos merah dan sos putih secara berselang seli dan ratakan nipis setiap lapisan. Masukkan dulu kepingan lasagna, diikuti dengan sos merah dan seterusnya sos putih. Boleh tambah kepingan cheese antara lapisan. Ulangi proses ini sehingga semua bahan digunakan. Lapisan paling atas boleh keduanya2 sama ada berakhir dengan sos merah atau sos putih. Tapi saya lebih suka berakhir dengan sos putih. Last sekali boleh taburkan mozarella cheese dan kepingan cheese, juga sedikit herbs yang disukai.

Bakar dengan suhu 200 C api atas bawah selama setengah jam. 20 minit pertama tutup loyang dgn aluminium foil. 10 minit terakhir boleh buka aluminium foil dan terus bakar untuk 10 minit terakhir.

Lasagna sudah boleh dinikmati. Selamat mencuba!








Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe