Skip to main content

Fasa Kehidupan Mengikut Masa...

Masa kita kecik2 dulu kita langsung tak terfikir bahawa kehidupan ini ada naik turun dan pasang surutnya. Kita juga langsung tak terfikir bahawa pelbagai bentuk cerita akan kita lalui. Kita juga langsung tidak terfikir bahawa masa bergerak pantas...sedar2 kita telah meninggalkan zaman kanak2 kita tu sudah lama, mungkin sudah berbelas atau berpuluh tahun.

Pada masa kecik, apa yang kita tahu hanya makan, bermain dan tidur. Minta apa yang kita nak dan enjoy dengan pemikiran kanak-kanak kita. Pada kita, kita rasa kita dah cukup hebat pada masa itu padahal kita baru di umur awal belasan tahun dan belum lagi keluar ke dunia yang lebih luas dan lebih mencabar.

Bila kita meningkat dewasa, kita mula berimpian, itu dan ini. Ingin berjaya dalam pengajian, ingin dapat kerja yang baik dan ingin mencapai apa yang kita impikan. Di peringkat ini kita mula mengenal erti kehidupan di tahap 40 percent. Namun pada masa ini kita juga merasakan bahawa kita dah cukup hebat, seakan dunia ini telah kita terokai sepenuhnya. Sedangkan pada saat itu, kita belum cukup ilmu di dada. Kita sebenarnya baru memasuki fasa pertama mengenal cabaran dan liku-liku dunia sebenar.

Bagi mereka yang tidak menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan  sudah memasuki alam pekerjaan dan berumahtangga awal, mungkin akan melalui dulu sepak terajang dalam dunia kehidupan yang sebenar. Bila pada saat ini mereka perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga yang telah dibina, anak dan pasangan masing-masing. Saat ini sepak terajang dalam kehidupan akan dilalui.

Bagi mereka yang berpeluang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi. Tiga empat tahun di universiti sudah pasti akan lebih mematangkan. Bertemu ramai kenalan daripada pelbagai negeri. Melalui kehidupan sebagai pelajar yang menuntut komitmen dan disiplin yang tinggi. Berkejar-kejar ke kuliah, menyiapkan assignments dan sebagainya lagi. Tahap stress itu dan ini usah disebut...ada ketika mungkin diuji badai dan gelombang menjadikan emosi up and down. Bila berjaya menamatkan pengajian, dunia sebagai pelajar ditinggalkan dan seterusnya memasuki dunia pekerjaan dan dunia berumahtangga.

Dalam dunia berumahtangga dan dunia pekerjaan inilah bermulanya sepak terajang sebenar dalam dunia kehidupan. Di fasa ini adalah fasa membina kehidupan sendiri bersama pasangan dan seterusnya anak2, juga alam pekerjaan adalah fasa kehidupan kita yang penuh dengan cabaran dan ujian yang sangat hebat. Di sini lah kita melalui segala bentuk ujian, baik ujian dalam kehidupan berumahtangga  dan ujian dalam kerjaya kita. Fasa ini mungkin akan kita lalui untuk tempoh 20 hingga 30 tahun sehinggalah kita menamatkan perkhidmatan kita dan memasuki alam persaraan.

Bila kita memasuki alam persaraan, kehidupan sebenarnya sudah totally berubah...tiada lagi rutin 8-5. 8.00 pagi rutin ke ofis dan 5.00 petang balik dari ofis, rutin meeting bersilih ganti, rutin dengan boss dan anak buah, rutin terkejar-kejar dengan pelbagai deadline, rutin stress, rutin melayan ragam manusia, rutin mengurus event itu event ini dan pelbagai rutin lagi yang tidak terhitung termasuk rutin melalui kesesakan di atas jalan raya. Bila kita sudah tidak bekerja, semua rutin itu akan berakhir dan kita tidak mungkin kembali lagi ke fasa itu.

Pada fasa persaraan ini, usia kita juga sudah separuh abad. Normally mereka yang bersara wajib adalah pada umur 60 tahun. Saat ini tubuh badan kita juga sudah tidak berapa kuat. Kita tidak segagah dan sekuat seperti sepuluh atau dua puluh tahun masa yang kita telah tinggalkan ke belakang. Masalah kesihatan juga mungkin tidak stabil, kita juga mungkin telah didatangi penyakit-penyakit tertentu. Kudrat kita perlahan2 Allah tarik, penglihatan juga akan semakin kabur, begitu juga dengan tahap pendengaran kita yang semakin kurang. Masa ini, jika umur kita panjang, kita akan melalui alam orang  tua yang benar2 warga emas...umur sudah melebihi 70 tahun contohnya..Allahu...

Beginilah fasa-fasa kehidupan yang wajib seseorang itu lalui jika panjang umur. Masa yang beredar sebenarnya sangat pantas sehinggakan kita tidak tersedar umur kita meningkat. Justeru, bagi mereka yang masih belum mencapai umur 30 atau 40-an, bijaksana lah dalam mengatur kehidupan. Jangan kita tersilap langkah kerana kita tidak mampu lagi untuk mengundur ke belakang membetulkan kesilapan yang dilakukan. Beringatlah selalu dalam setiap apa yang dilakukan dengan sentiasa mengingati Allah dan menginsafi bahawa apa jua yang ada di atas muka bumi ini adalah milik Allah dan tidak ada satupun milik kita.

Jika umur sudah memasuki gerbang 40 tahun, maka letakkan di dalam hati bahawa kita semakin menuju alam tua. Perkemaskan dan perlengkapkan diri dengan cara hidup orang tua. Perlahan2 tinggalkan gaya hidup kita yang sudah tidak sesuai diteruskan di usia orang tua, cara bercakap, cara berhibur, cara berpakaian, cara bersosial sudah pasti perlu berubah. Usah lagi taksub menguruskan dunia sehingga kita terlupa soal akhirat. Jangan biarkan diri terus hanyut dan terbuai dengan "buaian dunia".  Bukan masanya lagi nak sibuk-sibuk mengejar harta, pangkat, dan nama. Kita nak bawa ke mana semua tu kerana pasti bila diri dijemput nanti hanya amalan kita saja yang dibawa. Justeru, tinggalkan lah ketaksuban dunia..bukan masanya lagi. Banyakkan berdoa agar Allah memberikan kita hati dan jiwa yang tawaduk dan takut kepada Allah dan perlahan2 kita mempersiapkan diri untuk menuju kehidupan di sana yang kekal abadi.

Salam hormat,
RZH











Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe