Skip to main content

Berubah...

Berusaha untuk berubah dan memperbaiki diri adalah satu perkara yang baik dan murni. Terlintas di hati dan berniat itu sudah sangat baik, apatah lagi beusaha melaksanakannya dengan ikhlas.

Bukan mudah untuk berubah. Ia menuntut pengorbanan, disiplin, dan konsistensi yang tinggi. Ia juga sudah pasti menuntut kebijaksanaan dan kematangan yang tinggi. Berubah itu memerlukan juga perubahan dalam pemikiran, perlakuan, dan tutur kata kita.

Tips pertama yang perlu dilakukan adalah memanjatkan doa kepada Allah agar memberikan kekuatan untuk kita berubah. Doa agar Allah memberikan kehendak yang tinggi untuk berubah. Letak di dalam diri, apa jua yang berlaku adalah dengan keizinan Allah. Jadi mintalah bersungguh2 pada-Nya. Juga berdoa agar Allah berikan petunjuk dan hidayah, dan menghindari diri kita daripada sikap malas dan hilang semangat.

Tips kedua, betulkan apa yang perlu dibetulkan.  Membetulkan apa yang sudah biasa kita buat adalah sesuatu yang sangat susah. Hati mesti kuat. Banyakkan berzikir pada setiap masa yang ada. Zikir dapat menguatkan hati kita.

Tips ketiga, letakkan mindset yang jelas. Mindset kita perlu jelas atas apa yang kita hasratkan. Kita jelas mengapa kita perlu berubah. Bila kita settingkan betul2 mindset ini, insyaAllah seluruh anggota kita terarah dan bergerak selari dengan apa yang fikiran kita "arahkan". 

Tips keempat, perlu istiqomah. Turun naik itu biasa kerana pada setiap masa ujian sentiasa ada. Lagi kuat hati kita ingin berubah, lagi kuat ujian yang perlu kita lalui. Jadi, diri perlu istiqomah dalam menghadapi segala ujian.

Tips kelima, perlakuan kita perlu berubah. Segala apa yang berlaku adalah atas asbab perangai dan sikap kita. Jadi, untuk berubah sudah pasti perlakuan kita adalah perkara utama untuk kita ubah. Jika mindset kita saja yang berubah, tidak diikuti dengan perlakuan kita, makanya niat untuk berubah hanya tinggal angan2 saja.

Tips keenam, untuk berubah kita perlu berani. Jika kita takut untuk berubah dan berganjak atau meninggalkan zon selesa kita, maka kita tak mungkin dapat merelisasikan impian kita untuk berubah. Berani ini adalah dalam konteks  berani atas keikhlasan kita ini, dan meyakini bahawa risiko yang bakal dihadapi nanti adalah bukan risiko yang membawa kemusnahan.

Saja2 menulis,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe