Skip to main content

Brownies Moist dan Sedap...

Sudah lima hari rupanya tidak menjenguk di blog. Cepatnya masa bergerak sehingga tak sedar sudah banyak hari tidak sempat singgah di blog. Baru semalam rasanya hadir di sini...tidak sedar masa berlalu ...last posting was 24 Julai, dan hari ni sudah 29 Julai. MasyaAllah how time flies.

Malam ni agak kepenatan sikit sebenarnya, tapi tetap meneruskan hasrat untuk membuat brownies ni. Dah lama sangat tak buat. Weekend baru ni tak sempat masuk dapur due macam2 perkara tentang kerja yang perlu diselesaikan.

Ditambah pula hati masih rasa terkejut, terkedu, kosong, lemau dan macam2 rasa lagi.  Semangat diri juga turut dibawa pergi dengan berita2 kematian dalam kalangan orang2 yang dikenali. Allahu...semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman di sisi Allah. Kerdil betul rasa kehidupan di dunia ini..tiba masa dipanggil pergi maka tidak lewat atau cepat walau sesaatpun..MasyaAllah. Rasa sayu dan sedih mengenangkan insan yang ditinggalkan dan rasa sedih bila mengenang mereka yang suatu ketika dulu pernah bersama dengan saya.

Kembali kepada brownies...brownies ni lebih kurangnya macam kek, cumanya teksturnya lebih berat banding dengan kek yang lebih ringan. Brownies lebih mudah disediakan berbanding kek. Kiranya straight forward dan tak banyak hal sangat la membuat brownies ni. Jom sama2 kita tengok.

Bahan-bahan:
Dark coklat coins 300gm. Saya guna Berrys.
Butter 150gm. Saya guna pure butter untuk lebih sedap rasanya.
Gula perang 160gm
Gula putih 50gm
Telur 3 biji
Gandum 100gm
Serbuk koko 30gm
Sedikit esen vanila
Sedikit nescafe (setengah sudu teh)
Nutella untuk topping

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dan butter juga nescafe secara double boiler. Ketepikan sekejap.

2. Dalam bekas lain, kacau gula perang, gula putih dan telur. Telur ni saya masuk satu persatu. Kacau guna hand whisk saja. Masukkan esen vanila dan sedikit garam. Kacau tidak perlu lama sekadar sebati saja.

3. Masukkan coklat cair tadi. Tidak perlu tunggu sejuk. Suam2 pun sudah boleh dimasukkan. Kacau sebati.

4. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak. Masukkan sedikit demi sedikit.

5. Masukkan dalam loyang empat segi ukuran 8x8 atau 9x9 inci. Bakar pada suhu 160C dengan api atas bawah selama 35-40 minit. Biarkan beberapa minit di dalam oven sebelum dikeluarkan dengan penutup oven dibuka. Jangan terlebih bakar nanti brownies ni jadi agak kering. 

6. Biarkan sejuk dan boleh dipotong. Bagi mendapatkan potongan yang cantik gunakan pisau yang dicelup dlm air panas terlebih dahulu, lapkan pisau dan boleh mulakan potongan.

Saya gunakan nutella untuk hiasan.








Brownies siap dan boleh dinikmati seisi keluarga. Brownies ni sangat sedap kerana ianya garing di luar dan lembut/moist di dalam. Rasa coklatnya berpadu pula dengan kelembutan teksturnya menjadikan rasa sedapnya yang tidak terucap. 

Selamat mencuba!

Salam hormat,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe