Skip to main content

Cekodok Bawang...

Hari ni penuh dengan meeting. Ada beberapa perkara yang urgent perlu dibereskan, makanya Sabtu pun kena guna jugalah bila weekdays nya sudah penuh diisi. Layan aje la. 

Makanya hari ni hanya sempat menyediakan breakfast ringkas sahaja, iaitu "Jepput Bawe". Ini nama yang disebut dalam dialek kelate. Kalau bahasa suratnya adalah cekodok bawang.

Bila setiap kali buat jepput bawe ni saya akan sentiasa teringat pembantu rumah kami dulu2 masa saya kecil. Pembantu rumah ni kalau dalam bahasa kelatenya disebut "ore gaji". Dia memang suka buat menu ni masa saya kecik2 dulu, masa tu dalam darjah dua atau darjah 3. 

Dia bahasakan dirinya Mok Yah pada saya dan kakak. Masa tu kami dua beradik aje. Mok Yah ni memang pandai masak. Apa jua yang dimasak semuanya sedap termasuklah jepput bawe ni. Saya tak sempat lah tahu apa resepi dia yang menjadikan cekodok tu sangat sedap. Masa tu saya budak2 sangat lagi.

Jepput bawe yang saya buat ni tidak lah sesedap yang Mok Yah buat, tapi adalah cket2 rasa dia walaupun tak sama. Sebenarnya, Mok Yah tak tahu pun sampai skrg yang saya sentiasa teringat kan jepput bawe dia bila setiap kali menu ini saya buat. InsyaAllah nanti bila dah boleh balik kampung dan ada kesempatan jumpa Mok Yah, saya akan ceritakan pada dia. Mok Yah dah tidak lagi jadi pembantu rumah kami sejak keluarga saya balik dok di kampung, tapi kami akan selalu jumpa kerana Mok Yah tinggal sekampung dengan mak ayah saya.

Orait jom kita lihat resepi jepput bawe saya. Buat jepput bawe ni sangat mudah. Ore kelate kata semesek jah. Tidak ambil masa yang lama. Bahan2 pun mudah sangat, setengah kg gandum campur dengan satu labu bawang holland yang dimayang halus dan sedikit air, juga sedikit garam. Air ni agak2 la, tidak cair sgt dan tidak pekat sgt. Kalau pekat sgt nanti jepput jadi agak keras, nanti tak sedap. Kalau cair sangat nanti, masa nak goreng karang tak berbentuk la pulak jadinya rasapun jadi tak sedap sebab teksturnya dah jadi lembik sangat.  

Kalau buat jepput gandum saya tak suka taruk gula. Saya inginkan rasa original lemak2 masin jepput tu. Setelah dah kacau serata maka boleh la digoreng.

Masa nak menggoreng, jemputkan adunan dengan tangan saja dan lepaskan dlm kuali yang mengadungi minyak yang telah panas. Buat kecik2 saja, goreng dan balik2kan. Bila keperangan boleh la diangkat. Maka jadilah jepput bawe yang sedap.

Selamat mencuba bagi mereka yang gemarkan breakfast yang simple2 saja dan dalam masa yang sama tak punyai banyak masa sangat untuk lama2 di dapur. Jepput ni bila dimakan masa panas2 tu sambil di pekenakan dengan kopi o atau teh susu memang sedap sangat. Kalau tak percaya kena cuba dulu!




Salam hormat,

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe