Skip to main content

Al-Fatihah...

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Pagi tadi, 18 Julai 2021 saya melihat notification di facebook pesara tempat saya bekerja...ada berita tentang kematian. Pandangan mata saya tertumpu kepada gambar yang dipaparkan...hati saya berbisik "kenalkah saya dengan pemilik wajah ini"...pandangan mata beralih pula kepada nama yang tertera...Ismail Jaafar.

Allahuakbar...saya biasa dengan nama ini. Saya kembali merenung gambar yang dipaparkan...ya raut wajahnya mengingatkan saya dengan seorang pegawai senior yang saya kenali.  Masih jelas dalam ingatan saya...Encik Ismail Jaafar, Penolong Pendaftar Kanan di Fakulti Sains Hayat, tempat saya mula2 berkhidmat dan pada dia lah saya melaporkan diri. Dan kini, berita yang sedang saya tatap adalah berita kematiannya...Allahu, fikiran saya terus mengimbau kembali ke tahun ke tahun 1997, tahun saya buat pertama kali mengenali arwah, 24 tahun yang berlalu. Masa tu hari saya melaporkan diri di FSH.

Saya sempat dengan arwah di Pejabat Dekan FSH lebih kurang sebulan rasanya. Masa tu, kalau tak salah saya arwah dah mula bercuti untuk bersara dan on off datang ke ofis. Saya masih ingat sesambil arwah meneliti dokumen2 dan surat yang masuk dalam tray tindakan, dan menandatangani surat-menyurat, arwah bercerita tentang pengalaman kerja beliau di UKM. Arwah juga berkongsi dengan saya beberapa nasihat dan tips dalam pengurusan dan pentadbiran. Saya masa tu masih terlalu muda, baru melangkah masuk ke dunia pekerjaan...walaupun sebentar cuma sempat mengenali, saya bersyukur dan berterima kasih kepada arwah atas perkongsian pengalaman dan tips dalam pengurusan.

Masih saya ingat, daripada gaya dan tutur kata arwah...arwah adalah seorang yang baik. Melihat kepada perwatakannya, kelihatan ada ketegasan dalam gaya kepimpinannya. Juga bila melihat kepada cara arwah berpakaian, saya tahu arwah adalah seorang yang menjaga penampilan diri. Tertib dan kemas cara arwah berpakaian. Teringat saya, arwah dengan salah satu blazernya bercorak petak halus berwarna cerah kalau tak silap saya.

Selepas arwah bersara dan meninggalkan FSH, saya langsung tidak bertemu dengan arwah sehinggalah hari ini saya mendapat tahu pemergian arwah. Arwah dijemput pada usia 79 tahun (sebagaimana yang ditulis dalam berita yang saya lihat di FB). Maksudnya semasa saya kali pertama bertemu arwah, umur arwah 55 tahun dan arwah di bulan terakhir perkhidmatannya. Saya bersyukur Allah mendatangkan berita ini kepada saya. Sekurang-kurangnya saya dapat mendoakan dan membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah, seorang yang pernah saya kenali dan sempat memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya di awal kehidupan saya melangkah ke dunia pekerjaan. Walaupun sempat "berguru" sekejap saja, namun ilmu itu tetap mahal dan berharga buat saya.  

Allahuakbar, tiba2 hati saya rasa sayu...seorang demi seorang orang yang dikenali pergi menemui Pencipta. Hati berbisik, " Masa saya juga akan tiba nanti", cuma tarikhnya tidak pasti bila...adakah sempat mencapai usia persaraan sebagaimana arwah juga sahabat2 lain yang juga telah pergi, adakah sempat mencapai usia 60-an, 70-an, atau 80-an...Allahuakbar..MasyaAllah..bergetar lagi hati ini bila memikirkan kematian yang semakin menghampiri.

Diri diingatkan bahawa masa untuk kembali ke negeri abadi sudah semakin pendek...sudah semakin suntuk sebenarnya. Jika dihitung sudah tiada lagi masa untuk berseronok2 dan terbuai leka dengan dunia...bukan lagi masanya...jika diambil hitungan 60-an, maka tempoh yang berbaki sudah begitu singkat...jika di antaranya, tempoh berbaki lagi semakin suntuk..

Kembali kepada kematian arwah, didoakan semoga Allah merahmati arwah, diampunkan segala dosa arwah dan dilapangkan kubur arwah. Semoga Allah menempatkan arwah bersama orang-orang yang Allah kasihi, orang-orang beriman dan beramal soleh di sisi Allah dan damai bersemadi sehingga hari dibangkitkan semula.

Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga diberikan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah...


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe