Skip to main content

WFH Total LockDown

Hari ini 1 Jun 2021, hari bermulanya total lockdown untuk dua minggu sehingga 14 Jun 2021. Semua urusan kerja di ofis dalam tempoh dua minggu ini perlu dilakukan secara WFH kecuali bagi urusan2 tertentu yang dibenarkan sahaja.

Permulaan 1 Jun dengan meeting penuh pagi dan petang. Meeting penuh itu normal. Cuma bila WFH ni diari perlu disemak betul2 kot terlepas pandang atau terlupa hari...bila memanjang berada di rumah nanti mindset dok ingat hari Sabtu Ahad. Karang ingat hari cuti pulak!

Pengurusan masa yang baik dan kecekapan mengurus adalah amat penting dalam masa WFH ni. InsyaAllah dengan niat yang betul dan semangat yang konsisten, juga momentum yang sentiasa steady, maka semua perkara akan berjalan lancar.

Bila WFH juga, perkara pertama yang selalu buat kita terlupa adalah untuk log in dan log out. Jadinya, untuk tak bagi lupa, setkan alarm 10 minit before 8.00 am dan 10 minit after 5.00 pm. Bila alarm berbunyi menandakan yang kita perlu log in dan log out. Tak ada la nanti kita asyik terlepas waktu yang ditetapkan untuk log in log out. Orait settle bab log in log out.

Masuk bab makan minum pula. Seharian di rumah of course la kita kena breakfast, lunch dan minum petang macam rutin biasa seperti kita di ofis. Cuma bezanya kalau di ofis, kita keluar beli kat luar atau food panda atau kirim dengan rakan sekerja. Bila di rumah ni berbeza sedikit sebab kebanyakan kita mungkin memilih untuk masak sendiri. Lagipun semasa PKP total lockdown ni semua kedai kena patuhi SOP, kedai kena buka pukul 8 pagi. Sudah pasti tak sempat untuk kita keluar beli sebab waktu bekerja bermula pukul 8 pagi. Perkara yg lebih penting kenapa kita perlu masak sendiri...sebab nak kurangkan untuk keluar dan berada di public. Semasa total lockdown ni hadkan untuk keluar dan duduk rumah diam-diam. Jadinya, untuk tidak kelam kabut bangunlah awal pagi. Selepas solat subuh boleh terus masuk dapur dan masak untuk breakfast dan lunch sekali. Selesai bab makan minum masa WFH!

Manakala untuk tea break sebelah petangnya kita sempat masuk dapur. Kerja selesai pukul 5 pm, makanya sempatlah sekejap masuk ke dapur nak buat menu simple2... buat lempeng ke, cekodok, pisang goreng, goreng karipap frozen atau apa jua kuih yang jenis frozen dsbnya lagi yang mudah2. Jika tak mahu masak pun, minum petang ni mudah aje, coffee dengan biskut atau roti pun dah orait dah. 

Justeru, untuk memastikan WFH kita lancar dan berkualiti, tidak kelam kabut, boring dan buat kita stress...makanya manage lah masa kita dengan baik, dan tingkatkan kecekapan kita dalam mengurus. Semua benda adalah di bawah pengurusan kita sendiri, "kita buat dia dan bukan dia yang buat kita". Jadinya smart and steady selalu dan enjoy dengan apa yang kita buat!

Elakkan perasaan malas, stress, down dan moody dalam rutin hari2 kita. Ceria dan senyum selalu barulah semangat dan motivasi diri kita kekal di momentumnya. Mindset perlu di setting pada button "semua mudah dan ada jalan" dan jangan sesekali setting pada button "semua rumit dan susah". Pastikan kita letak setting tu betul2 sebab jika kita salah setting maka diri kita juga yang akan susah. Kita yang memilih, maka pilihlah yang terbaik dan bermanfaat.

Semasa WFH ni, pastikan kita tahu membezakan antara kerja ofis dengan kerja rumah (personal task), jangan buat kerja2 peribadi sepanjang dalam WFH sehingga menangguhkan atau melambatkan kerja yang perlu disiapkan. Jika semua kerja yang diberikan telah siap dilaksanakan , kita boleh menyertai majlis-majlis ilmu yang banyak diadakan secara dalam talian bagi meningkat kompetensi diri. Seterusnya, pastikan diri kita sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh office hour, segera menjawab mesej tentang kerja dan emel yang diterima, update sentiasa kepada ketua berkaitan kerja yang ditugaskan, 

Doa selalu semoga kita diberikan Allah kekuatan dan motivasi tinggi dalam menyempurnakan amanah dan tanggungjawab. Sentiasa ingat keberkatan rezeki itu adalah penting. Letak dalam diri bahawa kita sentiasa diperhatikan. Walau buat kerja di rumah sekalipun tetap ada yang memantau... yang memantau apa yang kita lakukan adalah "CCTV" Allah. Bila kita sentiasa ingat begitu, makanya perkataan "culas" daripada buat kerja ofis di rumah takkan ada dalam kamus hidup kita. Sama2 kita cari rahmat dan keberkatan Allah atas setiap perbuatan kita...insyaAllah semua akan menjadi baik2 jua. 

Sekadar corat-coret,
RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe