Skip to main content

Komunikasi Ketua Dan Staf Seliaan...

Dalam organisasi sudah pasti akan ada ketua dan subordinat atau staf seliaan. Semua ahli organisasi di pelbagai peringkat akan saling lengkap melengkapi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi mencapai matlamat organisasi. Kejayaan organisasi adalah hasil kerjasama semua peringkat dan bukan atas usaha individu. 

Maksud organisasi itu sendiri adalah sekumpulan manusia yang bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi. Mereka perlu saling berhubung antara satu sama lain dan saling bantu-membantu dan saling bekerjsama lengkap-melengkapi.

Kerana itu, satu-satu organisasi perlu mementingkan kerjasama dan pemuafakatan juga keharmonian yang baik dalam kalangan semua anggota organisasi.

Sebagai ketua dalam organisasi, mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dalam semua aspek. Salah satu aspek yang sangat penting dalam komunikasi ketua adalah cara ketua memberikan arahan kerja kepada staf seliaan. Arahan kerja perlulah diberi dengan cara yang betul, jelas dan diplomatik. 

Sebagai ketua, kebijaksanaan, kematangan, kesabaran dan tahap empati yang tinggi kepada staf adalah sangat penting bagi memastikan staf seliaan berasa gembira dalam kerja dan melaksanakan semua arahan dengan hati yang ikhlas dan penuh kerelaan.

Kita tahu bahawa kepimpinan adalah proses di mana ketua atau pemimpin cuba mempengaruhi gelagat pekerjanya agar dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan baik. 

Ketua adalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju dan matlamat organisasj. Ketua bertanggungjawab dalam memastikan organisasi berjaya mencapai objektif dengan menggembling semua sumber yang ada di bawah tanggungjawabnya.

Kita juga perlu maklum bahawa kejayaan seorang ketua adalah bergantung kepada pekerjanya yang menjalankan tugas. Jika ketua berjaya membimbing dan mempengaruhi pekerjanya untuk melakukan tugas dengan baik dan berjaya membentuk tingkahlaku staf yang positif dan sentiasa bermotivasi tinggi, maka berjayalah seorang ketua itu. Tapi jika sebaliknya maka gagal lah seorang ketua itu memimpin.

Orait, kita kembali pula kepada peranan staf. Staf adalah anggota organisasi yang melengkapkan satu-satu organisasi. Tanpa staf, organisasi tak akan wujud. Staf akan menjalankan tugas di peringkat operasi dan pelaksanaan sebagaimana yang diarahkan oleh ketua dan sumbangan mereka kepada organisasi adalah sangat besar. Tanpa staf, apa jua perancangan dan strategi yang dibuat tidak akan dapat dilaksanakan pengoperasinya secara holistik.

Justeru, kedua-dua kumpulan, iaitu kumpulan ketua atau kita sebut sebagai pihak pengurusan dan kumpulan staf adalah unsur organisasi yang sangat penting. Masing-masing memainkan peranan yang jelas sebagaimana yang ditetapkan dalam senarai tugas atau kita sebut "Job Description" (JD).

Dalam menguruskan staf, seorang ketua itu perlu lah bersikap bijak dan penuh diplomatik. Staf juga memilik hati dan perasaan seperti orang lain juga. Mereka menjalankan tugas sebagaimana ketua juga menjalankan tugas. Staf bukan bukan hamba abdi yang boleh dilayan mengikut mood ketua.

Mohd Baharudin Othman & Mohd Khairie Ahmad (2009) mengatakan bahawa arahan yang diberikan secara diplomatik dan halus akan menjadikan pekerja lebih selesa, meningkatkan hubungan antara pekerja dan pihak atasan dan tugasan yang dilakukan juga adalah dengan rela hati.

Kerana itulah kemahiran kepimpinan seorang ketua perlulah mencapai standard tertentu yang sesuai dengan tanggungjawab atau jawatan yang disandang. Paling penting adalah cara berkomunikasi, tingkahlaku dan penampilan diri yang baik supaya seorang ketua itu dihormati dan disegani kerana kewibawaan dan ketokohannya. Ketua perlu menjadi "role model" kepada staf.

Paling hebat seorang ketua di mata staf adalah apabila seseorang ketua itu:

1. Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada secara lisan atau bukan lisan. Bukan lisan ini merujuk kepada "body language" yang menyumbang leboh daripada 50% kepada keberkesanan dalam komunikasi. 

2. Boleh menggembling dan menyatukan semua staf secara harmoni dalam menjalankan tugas.

3. Boleh menjadi pendengar yang baik.

4. Boleh menjadi perunding yang baik dan memahami situasi staf.

4. Mengamalkan prinsip, kepimpinan melalui teladan.

5. Memiliki penampilan diri dan tingkahlaku yang baik.

6. Berilmu pengetahuan dan beriman.

7. Boleh mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Kesimpulannya, hubungan ketua dan staf adalah sangat penting dalam memastikan organisasi dapat beroperasi secara harmoni dan memberikan kepuasan kepada semua pihak. Sudah pasti dalam masa yang sama, komunikasi staf juga perlulah berada di standard yang sama. Sebagai ketua uruslah dan layanlah staf seliaan dengan baik penuh berdiplomatik. Budibicara dan fleksibiliti juga merupakan elemen penting dalam pengurusan staf di samping peraturan-peraturan yang ada. Beri staf rasa gembira dan senang dalam bekerja kerana organisasi yang memiliki anggota yang gembira dan senang dalam tugas akan meningkatkan produktiviti dan motivasi staf dalam bekerja. Organisasi juga akan terhindar daripada konflik, ketidakpuasan hati, rungutan dan surat aduan.

Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...