Skip to main content

Hari Ahad & Cerita Semalam Gulai Kerutuk......

Hari Ahad & Cerita Semalam 
Buat Gulai "Khutuk".


Hari ni tak sempat masak sebab awal pagi dah ada meeting sampai ke tengah hari. Makanya makan lauk semalam aje. Semalam sempat buat gulai "khutuk" walaupun bengkel satu hari semalam selesai hampir jam 5 pm. Khutuk ni cara ore kelate sebut merujuk kepada kerutuk. 

Kerutuk ni selain sedap dimakan dengan nasi putih, ia juga sangat ngam dimakan dengan pulut kuning, nasi arab atau nasi minyak, juga sedap dicicah dengan roti..ore kelate biasanya buat "buku besar" kalu buat khutuk gak, tapi saya buat "buku kecik" jah. Buku ni bukan merujuk pada buku dibaca tu, tapi "buku" di sini merujuk kpd potongan saiz daging tušŸ˜….

Bagi yang ingin mencuba resepi gulai kerutuk bonda saya ni, saya kongsikan di sini.


Bahan2:
1 kg daging
Bwg merah 10-13 ulas
Bwg putih 3 ulas
Halia 1 inci
Nise a.k.a gula melaka (jika tiada yg dari kelantan atau Tganu tak perlu masuk. Jgn ganti dengan gula merah yang hancur atau gula kabung tu nanti gulai akan rasa berbeza)
Rempah kerutuk adabi 3 paket
Santan sekilo
Garam dan gula
Kulit kayu manis satu btg
Bunga lawang 2
Buah pelaga 2
Bunga cengkih 2
Sedikit Air Asam jawa
Lada kering lima enam tangkai diblend.
Serai 2 btg
Perasa jika suka
Satu sudu besar Kerisik
Satu sudu ketumbar disangai tanpa minyak dan tumbuk lumat.

Cara2:
1. Bawang dan halia dimayang.

2. Tumis 4 beradik
Masuk bwg, serai, halia, sampai layu
3. Masuk rempah kerutuk & cili kering yang sudah di blend. Tumis sampai naik minyak sikit
4. Masuk daging, masak sampai empuk dulu.
5. Masuk nise (dlm setengah kerek, agak2 ikut saiz nise deh. Kalu tak ada tak payah bubuh, memadai dengan gula putih. Tapi nise ni ant penyedap jugašŸ¤­), garam, gula, asam jawa, ketumbar disangai dan ditumbuk tadi, dan santan.
6. Dekat nak angkat nanti masukkan sedikit air asam jawa. Jgn banyak. Dalam setengah sudu besar asam jawa.

Tips: Gulai kerutuk ni, kena lama atas api..kena banyak main api..biar api perlahan dan gulainya lama atas api sehingga kuahnya agak pekat cket...kuah kerutuk memang kena pekat.

Selamat mencuba.
anggerikdesa
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe