Skip to main content

Perginya Seorang Sahabat...

Innalillahiwainnahilaihirajiun...

Semalam mendapat perkhabaran kembalinya ke Rahmatullah, seorang sahabat lama berpangkat kakak dengan saya. Berita kematian Kak Shima agak mengejutkan dan memberikan kesan di hati saya.

Kak Shima adalah rakan felo semasa kami sama2 menjadi Felo di Kolej Ibu Zain sekitar tahun 2000, lebih 20 tahun lalu. Beliau masa tu sedang dalam pengajian PhD nya dan kami sempat bersama untuk dua tiga tahun di kolej. 

Selepas tamat pengajiannya Kak Shima kembali meneruskan kerjayanya di salah sebuah UA di utara tanah air. Cuma saya tak dapat recall sama ada saya yang tinggalkan kolej dulu atau Kak Shima yang tamat pengajian dulu. Sejak itu kami berpisah terus tidak bersua, hanya sesekali bertanya kaba melalui rakan2 felo yang lain. Ada sesekali Kak Shima turun ke sini, dan rakan2 Felo akan keluar "mengeteh" sama-sama sesambil meraikan Kak Shima, tapi saya tak berkesempatan untuk ikut serta.

Semasa saya membuat penulisan ini, Kak Shima sudah tiada di alam dunia ini. Kak Shima telah dua hari berada di alam sana.

Saat menerima perkhabaran duka ini, hati saya rasa sedih. Seorang demi seorang kenalan saya dijemput Allah...saya semakin merasakan kematian itu semakin hampir. Sudah terlalu dekat sebenarnya. Saya berbisik kepada diri saya bahawa sekarang ini bukan lagi masanya untuk saya "berambat dengan kesibukan dunia"...fokus untuk bekalan ke sana perlu ditingkatkan. Bila2 masa dari sekarang ajal boleh menjemput...Allahuakbar bergetar rasa hati bila memikirkan tentang ini. Terasa banyak sangat lopong dan kekurangan yang perlu ditambahbaik.

Saat berita kematian Kak Shima sampai kepada saya. Saya terdiam seketika. Saya membayangkan masa saya juga akan tiba. Saya membaca surah Al-Fatihah buat Kak Shima dan mendoakan agar segala urusan jenazahnya dipermudahkan Allah. Saya menatap gambarnya yang dikongsikan oleh rakan felo yang lain. Gambar tu gambar beberapa tahun lalu masa geng Felo berkunjung ke rumah Kak Shima. Saya juga tidak bersama masa tu. 

Fikiran menerawang seketika kembali ke masa 20 tahun lalu. Kak Shima adalah seorang yang sangat baik...caring dan motherly sangat orangnya. Happy go lucky orangnya. Suka berkongsi cerita dan pengalaman masa dia di oversea dulu. Saya suka mendengar dan sesekali mengusik Kak Shima tentang life dia di sana.."tak ada yang special di hati ke kak shima masa kat sana" usik saya. Masih terbayang meleret senyuman Kak Shima dengan usikan saya itu. Kak Shima juga suka memberikan nasihat tentang kehidupan. 

Kini segalanya tinggal kenangan. Kak Shima telah pergi buat selama-lamanya dalam usianya saya jangka lebih 60 tahun. 

Saya merenung jauh...berbisik di hati "Allah, dunia ini milik-Mu yang sifatnya sementara. Tiba masa kami dijemput menemui-Mu. Tiada yang kekal di dunia...semua akan berakhir bila tiba masanya". 

Semoga kita semua terus mengingatkan diri tentang kematian ini agar kita tidak terlalai dan leka dengan kesibukan dunia sehingga kita terlupa bahawa mati itu tidak mengira masa dan usia. Bila cukup waktu, maka Allah akan menjemput kita untuk kembali kepada-Nya. 

Buat Kak Shima, damailah akak di sana di sisi Pencipta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah dan diampunkan segala dosa dan bersemadi tenang bersama orang-orang beriman di sisi Allah.

Al-Fatihah.

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe