Skip to main content

Donut Kampung...

 

Hujung minggu bertandang kembali...hari ini walaupun penuh meeting pagi petang...tetap juga buat apa yang saya suka buat di hujung minggu... last week dah tak sempat buat kuih sebab meeting full Sabtu dan Ahad. Makanya Sabtu kali ni, tak kira dah walau ada meeting pun tetap nak buat juga donut ni. Justerunya masa rehat,  lunch time tu p bancuh tepung untuk buat Donut😂. Aduhaiii..anggerikdesa dengan hal masak-memasak ni berpisah tiada...

Donut ni namanya "Donut Kampung". Tak rumit sangat membuatnya. Mengapa dipanggil Donut Kampung sebab rupa atau bentuknya kecik2 dan "herot peto'"...sgt mudah, tak perlu uli lama...lepas bancuh terus perap dlm satu setengah jam atau dua jam...lepas tu saya terapkan bulat2 dan biarkan begitu sehingga saya habis meeting sebelah ptgnya...adehhh lama la pulak meeting....nasib baik tak turun ranap balik donut ni sbb terlebih lama sgt😅...donut ni saya buat dua jenis, satu yg ada lubang dan satu lagi yang takdok lubang...rasa sama aje😁 habis meeting terus goreng...

Teringat memori masa di kampung masa kecik dulu. Donut mcm gini la yang dijual di kedai2 makan dan warung2 tepi jalan. Pandai sebenarnya orang2 kat kampung buat kuih2 ni..semuanya sedap2..kalau donut, mmg lembut dan sedap sangat. Agaknya tuan yang membuatnya memang betul2 meletak jiwa dan raga semasa proses memasak...Ya, bila kita buat sesuatu tu dgn hati dan meletakkan jiwa kita sepenuhnya, insyaAllah semua menjadi elok.

Orait, kembali pada resepi buat donut ni. Resepi ni saya tengok di youtube "Rezeki Dapur Kita". Tak sengaja sebenarnya sampai ke sini. Tapi last week sesambil dok nengok2 di youtube keluar di skrin..."Rezeki Dapur kita" ni, makanya saya tengok lah video dia masak...ore kelate rupanya...nampak menarik dan sedap resepi yang dia share...hari ni saya cuba..memang awesome! Sudah pasti akan menjadi my fav recipe la ni...

Memang mudah dan ringkas, sedap dan gebus gebas...lembut sangat donut ni..kredit to tuan dia...tak perlu uli lama....penyediaan pun simple dan bahan2 juga simple..sukatan cawan kat rumah saja...walaupun ada cawan matrix, tapi sebab terpikat dengan cara tuannya membuat guna cawan kat rumah, maka saya pun guna cawan kat rumah juga😅. Baru lah feel namanya....

Bahan pun mudah saja, semua yang ada di rumah, 4 cawan tepung, 2 sudu besar buttee atau margerin, sebiji telur, satu paket yis mauripan (11gm), tiga sudu besar gula dan 3 sudu besar susu pekat manis, garam setengah sudu teh.





Selamat mencuba bagi yang ingin mencuba resepi ni. Boleh ke youtube tuan empunya nya yang saya nyatakan di atas ya.


Salam Hormat
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe