Skip to main content

"Colek Malah..."

 

BDR 9 JUN 2021
TOTAL LOCKDOWN
Hari kesembilan

Pagi semalam punyer citer... jika hari bekerja mmg full aje dengan meeting... meeting jam 9.00 am. Seawal pagi dan bersiap2. Makanya sempat ke dapur sat untuk buat breakfast...sekadar breakfast ringkas,  buatkan "colek malah" terliur tengok "colek malah" Prof. Roziah hari sebelumnya. 

Colek malah ni semudah-mudah menu yang boleh dibuat dalam 10 minit aje...ore kelate kata "semesek jah". Jadinya, capai besen, capai tepung gandum...masuk garam cket dan potong kecil kangkung...masuk air dan gaul sekali harung semuanya..done! Sesambil capai gandum tadi, kuali dah letak siap2 atas dapur, buka api dan masuk minyak. Sedang elok siap bancuh adunan, minyak dah panas dah terus boleh goreng. Itu yang saya kata mudah sgt untuk sediakan menu ni tapi hasil dia memang sedap! Sebab tu lah dipanggil "colek malah". Perkataan "malah" tu adalah merujuk kepada "malas"..maksudnya betapa nak mengatakan sangat mudahnya membuat menu ini, hinggakan kalau sambil bermalasan atau pejam mata pun boleh...

Bahan di atas yang saya main capai tu merujuk apa yang ada di rumah saja.  Sebenarnya kalau ikutkan mcm2 lagi bahan lain boleh letak dlm ni, cthnya bawang dan udang. Tapi yang ni saya pilih untuk makan yang betul2 simple. 

Colek malah ni saya cicahkan dengan sos kopok dari kelate yang meme ngam kalu cicoh dengan colek malah gak. Kalau tak ada sos kopok dari kelate, jange risau, boleh ganti dgn cili sos biasa tu...sedap juga nanti, cuma tak sesedap yg kita cicah sos kelate tu la. Sos dari kelate ni memang lengkap rasa manis masam cket2...itu yang ngam untuk dicicah dengan colek malah ni.

Okey, kembali ke adunan...dale colek malah ni saya bubuh kangkung. Meme kami di kelate bubuh kangkung..kalu di luar ada yang bubuh daun kucai. Skrg ni telah diinovasikan dengan pelbagai pilihan, kucai, taugeh, carrot dsbnya ikut citarasa masing2. Saya setia dengan kangkung....ada masa saya letak kucai dan taugeh ala belah mertua...😀

Sekadar coretan ringkas alkisah "Colek Malah"


Salam Hormat,

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...