Skip to main content

Tips Hadir Temuduga Di Gred Tinggi...

Penulisan ni telah dibuat dua hari lepas tapi tidak dipost. Hari ni baru post kan untuk bacaan semua.Sekadar membuat penulisan melalui pengalaman yang dilalui, ianya lebih kepada pandangan peribadi sahaja.

Sudah lama sebenarnya saya ingin menulis tentang tajuk ini tapi selalu saja tertangguh-tangguh. Post di gred tinggi ini, maksud saya kalau dalam penjawat awam adalah gred 48 ke atas. Level ini adalah level mengetuai dan sudah pasti perkara yang penting di level ini adalah tentang cara berfikir dan kewibawaan sebagai seorang pemimpin. Panel lebih melihat kepada level of thinking dan leadership calon..aspek 3R, Relevant, Referred, dan Respect adalah perkara yg wajib ada pada calon. Bagaimana calon berfikir dan mentransformkan pemikiran untuk respon kepada soalan dalam masa yang diberikan dengan isi yang padat dan bernas. Bagaimana calon mencerap dengan cepat soalan daripada panel dan menggarap idea dan pandangan yang Bersesuaian dan bernas.

Semasa dalam interview:

1. Jawab secara bijak dan tersusun.
Panel ingin lihat kematangan dan kebijaksanaan calon. Jawapan jgn pusing2 merayau ke sana ke mari dan tiada point. Panel tak byk masa...mereka mahu jawapan straight to the point. Lagi satu why kita kena jawab straight to the point, kerana panel mengibaratkan cara calon menjawab adalah menggambarkan cara calon bekerja. Sebagai leader, cara bekerja mesti jelas, dan terus fokus kpd apa yang perlu dibuat...jadi masa menjawab jangan berpusing-pusing kerana jawapan yang berpusing2 dan merayau2 ni menggambarkan calon bukan seorang ketua yang fokus kepada matlamat - jawapan terus solid dan sharp.

2. Jangan risau kalau tidak tahu jawapan kpd soalan. Kerana soalan panel adalah soalan berbentuk subjektif yang menuntut kematangan dan kebijaksanaan dalam berfikir dan mengemukakan pandangan. Yang penting bukan betul atau salah jawapan calon, tapi bagaimana calon transform idea dan pemikiran dalam bentuk garapan bicara yang smart dan padat berisi.

3. Ukirkan senyuman , jaga body language, jaga eye contact. Ketiga2 perkara ini memberi bayangan kepada panel berkaitan hemah diri, pembawakan diri dan attitude calon. 

4. Jaga tutur kata atau komunikasi kita dlm interview. Lancar komunikasi, jangan tersangkut-sangkut dan banyak aaaa...emmmm...tidak meleret-leret, sharp dlm jawapan, itu yg utama. Panel akan rasa terganggu jika calon banyak aaaaa, ermmmmm, berdehem, membetulkan suara dan apa2 lagi yang berbentuk gangguan di mana panel akan beranggapan calon tidak bersedia. Panel juga agak terganggu bila calon tend to berckp dalam nada yang "besar diri"...calon kena bijak "menjual diri" dan bukan menyerlahkan sikap "bangga diri" atau "besar diri"....betul, wajib kena nyatakan apa pencapaian dan kecemerlangan diri, namun secara berhemah...contohnya guna ayat "saya telah diberikan kepercayaan oleh ketua untuk melakukan bla bla bla...pencapaian dlm projek itu adalah bla bla bla.....elakkan unk guna ayat "saya lah yang bla bla bla.....atau kerana saya lah projek itu bla bla bla...mengapa calon perlu berhati2 dengan semua ini, kerana di sebalik gaya calon "promote diri", panel sebenarnya melihat kepada attitude calon yang sebenar.

5. Jika soalan berkaitan  pelan strategi dan halatuju universiti...no compromise..wajib tahu dan wajib jawab betul..jangan goreng soalan berbentuk fakta sebegini, nanti akan menampakkan yang calon tidak peka dan tidak tahu ttg Universiti. Kebiasaan soalan yang gemar ditanya oleh panel adalah, apa yang calon dapat sumbang dalam pelan strategik Universiti, atau apa peranan calon dalam merealisasikan hasrat universiti.

6. Soalan yg selalu ditanya unk gred tinggi adalah, apa pencapaian  paling hebat, apa kelebihan dan keunikan calon berbanding calon lain (X Factor), apa inovasi yang calon telah buat, apa kelemahan calon, apa perancangan jika berjaya dalam gred yang baharu. Jawab secara jujur. Perlu bijak. Ada calon tidak bijak..bab kelemahan, dia kata dia tiada kelemahan..panel sebenarnya terganggu sikit jika calon jawab tiada kelemahan kerana itu membayangkan calon agak hipokrit. Kita tak mahu leader yg hipokrit tapi kita nak leader yg jujur.

7. Ini tips yang mahal dan jarang orang buat sebab tidak tahu kesannya besar...mlm sebelum interview tu...slps solat maghrib...bertafakur sekejap..gunakan teknik NLP..bayangkan diri sedang berada di depan panel2..dan sdg berinteraksi dengan panel. Semasa proses ini, bisikkan isi hati kpd panel...dalam ilmu NLP, bisikan jujur kita itu akan sampai secara telepati kpd org yg kita maksudkan...sertai sebelum tu dgn solat hajat, istigfar, selawat, takbir dan tahmid...teknik ni juga adalah unk beri keyakinan dan ketenangan kpd diri semasa interview kelak..insyaAllah. 

8. Last sekali dan paling penting untuk segala-galanya. Berdoalah kepada Allah...tutup doa dengan ayat ini:

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika rezeki ini milik ku, maka permudahkanlah ianya sampai kepada ku, dan jika rezeki ini bukan milikku, Kau berikanlah aku kekuatan dan redha dengan ketentuan-Mu".

InsyaAllah jika kita tutup doa kita dengan ayat ini...Allah akan memelihara kita dan memberikan kita ketenangan dan kebahagiaan, redha dan berlapang dada walau apapun bentuk keputusan yang ditakdirkan.

Sekadar perkongsian daripada pengalaman dan pembacaan buku2 kepimpinan.

All the best buat semua yang akan menghadiri temuduga walau di mana tuan/puan berada. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. InsyaAllah.

Tips umum hadir temuduga boleh dirujuk pada penulisan saya yang terdahulu. Didalamnya terdapat input2 umum bagi calon yang memerlukannya. 

Salam Hormat

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe