Skip to main content

Kari Ikan Ala2 Mamak...

 

Lunch time ni sempat masak "campak2" saja dalam periuk.  Kari ikan jenahak ni. Mr. Husband req..teringat kari mamak katanya..hmmmm..makanya selesai meeting di sebelah pagi dan masuk masa lunch time tu masak la sekejap..sedap sangat pekena dengan sambal lada mudah2 dan simple. Cili api tumbuk, masukkan secoit bawang putih, garam gula dan peraham air asam jawa.

Buat kari ikan ala mamak ni sangat mudah bahan2nya. Hanya bahan2 mudah saja: kari ikan, serbuk cili, herba campur, daun kari, bawang merah, bawang putih, dan halia dimayang, tomato, bendi dan santan kotak kecil, dan sedikit air asam jawa. Walaupun pesen kari mamak, saya tetap juga letak santan cket..😅

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Saya suka minyak lebih jika kari style mamak ni.

2. Tumiskan hingga perang bawang merah, bawang putih dan sedikit halia yang telah dimayang. Semasa proses tumis ni masukkan sekali rempah campur. Atau ore kelate panggil herba campur. Ada jual di sesetengah kedai. Kalau tak ada, tak perlu masukkan. Tapi kalau masuk menambahkan kesedapan gulai.

3. Bila sudah keperangan, tambahkan setengah cawan air dan masukkan tiga sudu besar kari...apa2 kari ikan pun boleh. Saya guna kari ikan Babas. Masukkan sekali satu sudu besar serbuk cili.

4. Bila sudah tumisan ini sudah masak betul dan telah pecah minyak boleh masukkan santan dan sedikit air. Masukkan ikan. Masukkan terus tomato. Kari ikan ni tak perlu lama atas dapur..dlm 10-15 minit dah blh tutup api. Kalau lama sgt ikan tak gebu nanti. Dekat nak angkat masukkan sedikit air asam jawa, cili besar hijau yang sudah dipotong tiga, juga tiga empat tangkai cili api dipotong kecil jika suka pedas. Ini bertujuan nak bagi aroma rasa yang sedap pada kari ni. Masukkan garam dan sedikit saja gula. Kari mamak ni biar dia masin2, masam, pedas dan rasa lemak2 sikit...tak masuk gula pun okey juga. Cuma saya tetap masuk gula cket untuk balance kan rasa masin dan masam2 tadi.

Orait...siappppp. Boleh dinikmati seisi keluarga. Selamat mencuba.

Salam hormat,
RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe