Skip to main content

Mengingati Mati & Doa Buat A...

Allahuakbar...

Bila berasa kematian itu semakin dekat, saat itu dirasakan semua urusan dunia dirasakan tiada nilai dan harganya...kosong.

Saat hati bergetar mengingati mati, tiada lain yang hadir dalam fikiran, selain mengharapkan pengampunan Allah atas segala dosa. Diterima taubat dan diberikan petunjuk dan hidayah agar terus berada dalam kebaikan. 

Sesungguhnya saat membayangkan kematian...ia sangat menginsafkan diri. Serasa diri ini begitu kerdil di bumi ciptaan Allah ini. Malu sungguh rasanya kepada Allah atas setiap perbuatan yang dilakukan. Takut itu sudah pasti ada dalam diri. Takut sangat jika Allah tidak ampunkan segala dosa2. Takut memikirkan bagaimana agaknya saat malaikat maut datang untuk menjemput kita kembali ke alam abadi. Cukupkah amalan kita yang nak dibawa sebagai bekalan...masyaAllah...

Semalam mendapat perkhabaran sedih mengenai staf yang pernah bersama saya dalam tugas. Allahuakbar...sedih tidak terkata membayangkan keadaannya yang kini sedang bertarung nyawa di hospital. Dia terpaksa ditidurkan. Dia positif covid dan dalam masa yang sama dia mempunyai penyakit sedia ada yang menjadikan keadaannya kritikal. Allahuakbar...hati saya tidak keruan..dia antara staf saya yang terbaik pernah menguruskan kerja2 di bawah portfolio saya suatu ketika dulu.

Usai solat Isyak semalam, terus mengerjakan solat hajat dan membaca Yasin khusus diniatkan untuk kesembuhan segera buat A. Semoga Allah meringankan beban kesakitan buat A dan A diberikan kesembuhan segera. Semoga Allah membangunkan semula A dan dapat kembali meneruskan rutin kehidupan seperti biasa... Terus kuat A....saya akan terus mendoakan A dan membaca Yasin buat A sehingga A sedar kembali..doa saya agar bacaan Yasin ini sampai pada A dan doa saya juga agar dalam keadaan "ditidurkan" itu A dapat mendengar bacaan Yasin ini dan semoga ini menjadi antara asbab untuk A terus bertahan dan terus kuat melawan serangan virus ini. Saya yakin, bila Allah mengizinkan..tiada hijabnya walau di mana jua makhluk Allah berada...insyaAllah.

Dalam rasa yang sukar digambarkan ini..macam2 perasaan berbaur... sedih dan risau, hati saya pasrah dan berbisik...begitu lah kehidupan kita...hidup dan mati itu adalah perkara pasti yang akan dilalui oleh setiap makhluk Allah. Menjadi rutin dalam kehidupan. Hari ini kita mendengar tentang kematian orang lain dan esok lusa pula orang akan mendengar perkhabaran tentang kematian kita pula. Bila tiba saat itu, kita akan pergi buat selama-lamanya...pergi yang tidak akan kembali lagi ke dunia sehinggalah kita semua dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti.

Justeru, sematkanlah dalam diri untuk sentiasa mengingati mati dalam setiap hari yang kita lalui kerana hanya dengan mengingati mati kita akan berusaha untuk menjadi hamba Allah yang baik, kita akan meyakini bahawa dunia ini sementara dan segala apa jua di dalamnya bersifat sementara. Dengan mengingati mati juga akan menjadikan kita sentiasa mendambakan redha, rahmat dan keberkatan Allah. Kita juga tidak akan sekali-kali melakukan kejahatan, tidak hanyut dan terbuai dengan tuntutan duniawi, sentiasa bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa dan kekhilafan dan memohon agar Allah menjemput kita dalam keadaan yang Husnul Khotimah.

Amiin Ya Rabbal Alamin...

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...