Skip to main content

Tips Layan Diri Semasa Rasa Down...


Semua orang akan mengalami rasa "up and down"...itu adalah lumrah dan normal. Jadi jangan sesekali menyalahkan diri andai ini berlaku. Sebaliknya kita berusaha untuk menanganinya dengan baik.

Tanamkan dalam diri bahawa setiap apa yang berlaku adalah tetap dalam kawalan kita kerana diri kita adalah nakhoda untuk kita sendiri...yang penting adalah keyakinan kita kepada qadaq dan qadar Allah dan kebijaksanaan juga kematangan kita dalam mengendalikan emosi kita... 

Beberapa tips layan diri semasa kita rasa "down" dan emosi tidak stabil:

1. Stop "serta-merta" fikirkan perkara negatif itu..mmg susah unk stop fikir tapi ada kaedahnya..(guna kaedah pada No. 2 dan No. 5). 

2. Istigfar dan ingat bahawa semua itu ujian Allah. Allah menguji atas kemampuan kita, maka set di mind kita bahawa "kita mampu menanganinya".

3. Just enjoy dengan kehidupan kita - cari bahagia dengan cara kita. Hadapi apa yg mendatang dgn positif.

4. Muhasabah diri - betulkan diri kita andai kita salah dan jangan tuding kesalahan pada orang lain.

5. Makin dekatkan diri dgn Allah -Doa dan banyakkan berzikir.

6. Maafkan semua org. Dengan memaafkan hati akan tenang dan kita akan lebih rasa bahagia dan bersyukur.

7. Sentiasa ingat bahawa kebenaran ttp muncul juga dan org di pihak yang benar pasti "dalam radar kemenangan"...jadi andai kita dah set di mind kita bahawa ini realitinya..maka untuk apa kita membiarkan/melayan segala yang negatif itu yang akan membuat kita down...buang masa kita saja sebenarnya...hehe.

Begitulah lebih kurangnya tips yang dapat dikongsikan...semoga bermanfaat untuk kita semua.

Salam hormat

#anggerikdesa
#komunikasidihati

Comments

Popular posts from this blog

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...