Skip to main content

Keterujaan dan semangat baharu dari sebuah pemberian...

28 Mac 2019 l  Khamis

Sekadar menitipkan tentang perasaan saya yang berkaitan dengan hadirnya suatu semangat baharu..ledakan momentum berbeza...dan sudah pasti rasa keterujaan hadir...

Mengapa rasa keterujaan itu hadir...kerana terkejut...really surprised..langsung tidak pernah terfikir maupun membayangkannya...
makanya wajarlah keterujaan itu hadir...

Keterujaan juga hadir atas sebab kita terlalu minat dgn sesuatu itu...sesuatu yang memang kita punya soul dan passion kita kat situ...opkos bila ada orang memberikan kpd kita atau menghadiahkan kepada kita...benda yang kita suka dan benda yang kita minat....makanya mmg excited!🍑

Bukan kerana sebuah buku itu yang membuat saya teruja...tapi motivasi diri saya yang terbit hasil pemberian buku ini..itu yang membuat saya teruja...saya juga teruja apabila penulis ini juga di awal pembabitannya dalam dunia penulisan...dia juga spt saya menulis hanya sekadar hobi di media sosial...jadinya dgn ketersamaan ini telah membangkitkan motivasi diri saya untuk berjaya seperti dia!

Sekadar berkongsi apa yang dilalui pada hari ini...saya pahatkan ini sbg satu kenangan dlm hidup saya...

Hari ini rakan seperjuangan merangkap pegawai di bawah seliaan saya, di awal pagi menjenguk ke bilik saya dan menghulurkan sebuah buku. Buku ini dihadiahkan kepada ssaya.Buku ini katanya hasil karya sahabatnya semasa sama2 menuntut ilmu di salah sebuah universiti di sebelah utara...Buku ini berjudul "Cerita orang HR". Penulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis.

Saya tidak pasti mengapa dia menghadiahkan buku ini kepada saya...beberapa andaian muncul di benak fikiran...antaranya:

1. Sekadar suka2 saja niatnya mungkin untuk bacaan saya sahaja, kebetulan di tempat baharu ini saya mengetuai satu jabatan yang antara fungsinya pengurusan sumber manusia.

2. Adakah dia tahu saya ni suka menulis dan mempunyai blog penulisan sendiri...adakah dia telah singgah di blog saya dan membaca tulisan2 saya...dan berniat memberikan saya jalan atau motivasi diri supaya semua penulisan saya ni diterbitkan dalam bentuk buku sebagaimana buku yang dia hadiahkan kepada saya ini...

3. Mungkin Allah hantar dia kepada saya sbg 'perantara' untuk memakbulkan cita2 saya. Allah menghadirkan rakan seperjuangan saya ini "untuk mengejutkan" saya dan menyuntikkan kembali rasa semangat dan motivasi.

Tandatanya 1 dan 2, jawapannya hanya pada dia...manakala yang ketiga itu adalah milik Allah jua...apapun untuk kesemua tandatanya ini ianya tetap jua milik Allah...cuma disalurkan melalui hambanya yang lain sbg sebab dan musababnya...

Apapun yang penting untuk saya share di sini adalah...dgn kerana pemberian darinya ini...suatu semangat baharu yang selama ini terkambus di dasar hati...kini kembali memunculkan diri...semangat dan motivasi diri saya tiba2 hadir...tiba2 saya merasakan bahawa sudah tiba masanya saya mencari ruang dan peluang juga berusaha untuk penulisan saya ini diterbitkan dlm bentuk buku berkonsepkan penulisan santai...

Kalau sebelum ni, menulis ini hanyalah sekadar minat dan hobi saya saja...dengan menulis saya dpt release segala rasa belenggu yang mencengkam...dgn menulis juga saya rasai sebuah ketenangan...dengan menulis juga saya sebenarnya secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan dlm diri...dgn cara bagaimana peningkatan pengetahuan dan ilmu ini berlaku...begini caranya: apabila saya menulis saya akan sentiasa membuat semakan dan mencari info2 penting berkaitan apa yang saya tulis bagi mengelakkan saya tanpa sengaja telah memberikan info yang salah.

Namun setelah menerima pemberian ini saya rasa semangat saya dan perasaan dlm diri agak berbeza sikit...saya bertanya kepada diri saya kenapa tidak saya berusaha untuk semua penulisan ini dibukukan supaya nanti dapat memberikan manfaat kepada sesiapa jua yang berminat...dan yang penting ilmu2 yang tidak seberapa ini dapat dikongsikan dgn pihak luar sana yang mungkin memerlukan...

Akhirnya bermula saat ini...saya set kan di mind saya bahawa suatu waktu yang Allah izinkan nanti saya akan berjaya untuk merealisasikan impian saya ini...insyaAllah...ameen ameen ameen...

Kepada rakan seperjuangan saya ini...tkasih dari hati saya atas pemberian ini..appreciated it so much..anda lah orangnya yang mencetuskan rasa dan semangat untuk saya mula berfikir untuk bukukan semua tulisan saya ini.

Saya doakan semoga rakan seperjuangan saya ini terus sukses dlm kehidupannya dan dipermudahkan Allah atas apa jua yang dia lakukan...niatnya yang baik ini saya amat sanjung tinggi...

Akhir kalam..saya mendoakan dan berharap Allah membuka jalan dan mempermudahkan impian saya ini untuk direalisasikan. Semoga cita2 saya Allah makbulkan....ameen.

Saya kongsikan catatan di helaian dalam buku yang dituliskan oleh rakan seperjuangan saya ini:



Salam hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe