Skip to main content

Jangan Rasa Seronok Memburukkan Orang Lain...

Image result for images kehidupan dan alam

Bersua kembali kita...

Malam ni saya ingin membicarakan mengenai tajuk di atas...entah tiba2 tajuk ini hadir di minda...idea dok terpa supaya ianya diterjemahkan dalam bentuk tulisan...makanya buka blog dan terus menulis...sekadar perkongsian pandangan saja...just my two cents...

Saya set kan di minda ni macamnya nak tulis pendek2 dan ringkas aje...tapi tak tau la...kalau dah start menaip ni laju aje nyer nanti sampai tak perasan untuk stop...ya la tulisan ni kan tiada penghujung atau garisan penamat...selagi idea ada selagi tu la sayang nak stop...sabar aje la kan.

Orait back to our topik di atas nun...
Pernah tak kita bertemu orang yang menjadi satu kesukaan kepada dia untuk bercakap tentang keburukan orang lain atau tujuan bercakap hanya untuk memburukkan orang...menyalahkan orang saja.

Ada juga jenis orang yang memang suka besarkan benda yang kecik...isu salahnya sebesar biji saga aje tapi dibesarkan macam sebiji tembikai...aduhai...parah soal hati macam ni...kadang2 rasa nonsense...

Kebiasaannya orang begini ada aje di sekeliling kita...mungkin sahabat rapat kita, sahabat kurang rapat atau bukan sahabat kita...mungkin juga rakan seperjuangan kita, staf seliaan kita, atau ketua kita...atau dalam kehidupan peribadi kita pula mungkin siapa2 jua..adik-beradik kita, warih waroh kita dan sesiapa saja lagi...

Saya ingin mengaitkan sikap suka memburukkan orang ini dalam empat aspek penting. Pertamanya, kaitan dengan aspek komunikasi dalam kehidupan, keduanya aspek sikap dan perangai, ketiganya aspek imej dan reputasi diri dan keempatnya aspek agama.

Dalam aspek komunikasi contohnya di tempat kerja. Di tempat kerja elemen komunikasi memainkan peranan yang sangat penting. Sehinggakan ada satu kajian yang menyatakan bahawa 75% daripada kemusnahan dalam organisasi adalah disebabkan oleh faktor komunikasi. Jadinya orang2 yang jenis macam gini memang akan merosakkan keharmonian dalam organisasi...faktor tutur kata, bawa cerita tak betul, fitnah dan sebagainya  lagi akan menyebabkan isu salah faham, tidak puas hati, persengketaan dan akhirnya konflik...lebih parah lagi jadi krisis...kerugian semata2...

Cuba kita bayangkan kalau seseorang itu kerjanya asal buka mulut aje memburukkan orang, membuka aib orang atau mengata-ngata orang lain. Seandainya orang sekeliling percaya dgn berita2 atau cerita2 yang disebarkannya...boleh kita bayangkan tak apa agaknya akan berlaku kepada orang yang diaibkan tadi..sedangkan orang itu tidak bersalah dan dan tidak tahu menahu apa2 pun...tak pasal2 menganiaya orang namanya tu...

Cuba kita bayangkan pula seandainya tujuan bercerita tadi itu adalah dgn niat...iaitu dengan niat untuk memecah belahkan, menghancurkan, ataupun menjatuhkan seseorang...pasti kesannya amat besar kepada organisasi. Orang macam gini sikapnya boleh diumpamakan bagai parasit yang perlu dijauhkan dari organisasi

Dalam aspek sikap dan perangai pula...bagi penilaian orang yang bijak dan rasional, orang yang sebegini sebenarnya umpama menepuk air di daun keladi...air yang ditepuk tu terpercik ke muka sendiri...ada juga orang tua dulu2 kata...dlm kehidupan ni jangan kita terlalu melampau sangat takut lama2 nanti menjerat diri sendiri.

Pada saya bagi orang yang rasional dan bijak pandai...sudah pasti bila bertemu dgn orang2 sebegini...tidak semua cerita yang dibawa atau disebarkan akan dipercayai sebulatnya...pasti akan diselidiki dulu...malah mungkin akan berlaku sebaliknya...orang sekeliling akan beranggapan bahawa orang yang membawa cerita itu sebenarnya yang tidak betul dan mempunyai hati yang tidak baik...secara logiknya mana mungkin kalau hati yang baik yang penuh dgn keimanan boleh tergamak unk menjual dan menyebar keburukan dan keaiban orang lain...org yang beriman...seboleh mungkin akan menutup aib orang dan tidak membuka keburukan org sebagaimana dia ingin keaiban dan keburukannya ditutup..

Daripada aspek imej dan harga diri pula...perkaitan sikap suka memburukkan orang dan bercakap benda yang tidak baik tentang orang sehingga menjadi amalan rutin pada diri...adalah sangat jelas akan memburukkan imejnya sendiri...mencalarkan reputasi diri sendiri...sebab bagi orang yang rasional pasti dapat menilai "nilai dan harga diri" seseorang itu melalui percakapan dan apa yang dituturkannya...kalau yang dikeluarkan dari mulut itu sesuatu yang tidak baik, makanya menggambarkan juga hati orang itu yang tidak baik.

Daripada sudut agama pula...dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda: Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang itu terkadang ia berzina dan bertaubat, maka diterima Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu. Seseorang yang melakukan keburukan dan kejahatan ke atas diri orang lain, kesalahan tersebut tiada kemaafan dan keampunan melainkan dimaafkan oleh orang yang menjadi mangsa keburukan tadi.

Firman Allah SWT, "Wahai orang2 yang beriman...jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah setengah drpd kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?.......Surah Al-Hujurat:12.

Orang yang mengumpat diibaratkan memakan daging saudaranya...apatah lagi mengaibkan?...kita tanya hati kita sendiri...sanggupkah kita?

Dunia hari ini semakin menjadi barah dengan perkara yang seharusnya tidak dibiasakan, tapi ianya dibiasakan dalam rutin kehidupan sehinggakan makin menjadi2 sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata lain suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan...menyebarkannya dengan niat jahat dan tanpa pengetahuan orang yang diaibkan.

Justeru, bagi mereka yang dikelilingi oleh orang yang sebegini...sentiasalah berhati2...banyakkan berdoa...banyakkan beristigfar... semoga Allah pelihara dan lindungi kita dari menjadi mangsa kepada kerakusan sikap yang penuh dengan dengki dan tamak haloba...kerakusan untuk dilihat hebat berbanding orang lain...kerakusan kepada tidak senang bila orang lebih baik...yang tak tahan tu bila kita perasan hanya diri kita hebat dan berkuasa...yang ni mmg parah...

Kesimpulannya...hidup di dunia ni kita ingat satu saja...hidup hanya sementara..tiba masa ajal menjemput...bila roh telah berpisah dgn jasad...maka tiada apa lagi yang diharapkan pada saat untuk mengadap Sang Pencipta melainkan amalan yang baik mengikut apa yang Allah tetapkan... Segala bentuk pemilikan secara duniawi kita tinggalkan di dunia...harta, pangkat dan segalanya ditinggalkan...kita bukan sesiapa lagi pada masa itu selain hamba Allah yang akan dihisab segala amal perbuatannya....

Sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri....semoga kita diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah agar sentiasa menjaga soal hati ..biar bersih, jujur dan ikhlas dalam apa jua perbuatan dan tindakan kita. Semoga kita terus diberi jiwa yang tenang dan menjadi manusia yang tidak menyusahkan dan mengecewakan hati dan perasaan orang lain..

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe