Skip to main content

Bagaimana Cara Respon Kepada Sesuatu yang Melukakan...


Dalam hidup ini kita kdg2 cepat sangat melatah dgn apa saja yang berlaku pada kita...terutamanya bab2 yang memainkan emosi dan perasaan...bab menuding jari dan menyalahkan orang...dan akhirnya nanti kita sendiri yang "rasa serabut dan gelisah sendiri"...dan kita sendiri juga nanti yang menanggung rasa terluka dan rasa tidak hepi dengan perbuatan kita sendiri..

Untuk apa sebenarnya kita mengizinkan perkara ini menembusi diri kita...hanya kerugian semata2...
mengapa kita nak memilih "sengsara" andai kita berhak memilih bahagia...

Apa kata kita sama2 ubah cara pemikiran kita dan cara kita respon terhadap perkara2 sebegini...di permulaan mmg la susah sbb kita nak biasakan benda yg tidak biasa kita lakukan..tapi lama2 bila dah biasa pasti mudah unk dipraktikkan dlm rutin hidup kita.

Bagaimana caranya?

1. Bila dgr apa2 yang negatif atau berhadapan dgn situasi yang "beraura negatif"...sama ada melalui kata2 maupun perbuatan orang...
yang pertama perlu dibuat adalah senyum dulu...tak mampu redakan keadaan dgn senyum...susuli dgn tarik nafas dalam2 sambil mengucapkan istigfar...slps itu susuli dgn tindakan positif..dptkan fakta dulu..betul atau tidak...ataupun kalau rasa perkara itu "nonsense"...
maka biarkan saja...

2. "Kunci mulut" dulu saat emosi kita tengah tak stabil...guna konsep "pause" seketika. Rasionalkan diri kita dalam saat kita "pause" seketika tadi...mmg la susah..tapi atleast kita mencuba😁.

3. Sentiasa set kan di mind kita..
bahawa apa saja yg berlaku adalah dengan keizinan Allah...pasti ada sebab dan musababnya...anggap
kita"insan terpilih" kerana Allah memilih kita untuk diuji pada saat itu...masa inilah kita buktikan tingkat keimanan dan kesabaran kita...pasti nanti Allah bentangkan "jalan keluar" atas apa jua kemelut yang melanda..
percayalah andai kita lakukan ini dengan ikhlas dan redha...hati kita akan tenang.

4. Segala sesuatu yang memang ditakdirkan bukan milik kita, usah kita begitu "eager" untuk mendapatkannya...percaya dan yakinlah dengan konsep rezeki..."andai sesuatu itu adalah milik kita, maka kot mana pun ia tetap akan jadi milik kita, dan andai sesuatu itu bukan milik kita maka kot manapun ia tetap bukan milik kita...jadi mengapa kita begitu "taksub" sgt dengan perkara ini...seharusnya kita teruskan rutin kehidupan spt biasa...hindari sikap memberontak dan menentang kerana akhirnya nanti tindakan kita itu makin "memakan diri"...

5. Just enjoy dan bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan kepada kita...nikmat yang Allah beri itu sebenarnya sudah terlalu besar andai betul2 kita hitung..cuba ambil masa unk kita muhasabah diri menghitung nikmat Allah untuk kita...pasti terlalu byk dan tidak terhitung..maka bersyukurlah dgn apa yang kita ada...apabila kita bersyukur pasti Allah tambahkan lagi....jadi toksah risau ttg ini...Allah tahu "mana nak letak kita nanti"..yakinlah dgn kebesaran dan kekuasaan-Nya.

Sekadar perkongsian jua...🌹

#komunikasidihati
#motivasidiri

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe