Skip to main content

Limitnya sudah di noktah terakhir...

1 April 2019
Isnin

Al-Kisah sebuah cerita sahaja...

Rasanya cukup dulu sampai di sini. Enough is enough...terlalu lama menerima saja pun tidak bagus untuk diri sendiri. Kita beri satu keadilan kepada diri atas hak yang seharusnya perlu dihormati.

Sudah terlalu lama mengalah kepada keadaan...telah sekian lama sabar itu menjadi milik diri...kali ini juga sabar tidak tergugat...hanya berubah daripada segi bearing nya sahaja...tidak perlu lagi bersabar pada bearing yang sedia ada, tapi bersabar kepada bearing yang telah diubah paksinya...memang ini yang terbaik...makanya bersabar lah...

Dalam sebuah kehidupan yang harmoni dan adil, kita seharusnya saling memberi dan saling menerima...tapi kalau hati sentiasa merasakan hanya kita saja yang memberi...apakah akan ada lagi keharmonian atau wujud lagi kah sebuah perhubungan itu...andai kita saja yang cuba untuk mempertahankannya...maka sudah tiba detik waktu untuk benteng pertahanan itu dibuka...cukup lah!

Sekadar memilih untuk berlalu pergi dengan diam...tanpa kata dan tanpa sengketa...sejak dulupun tiada pernah ada penjelasan...semua persoalan dibiarkan terkubur begitu saja tanpa jawapan...dan kini, sekalipun tak pernah rasa untuk bertanya the why...tak pernah rasapun untuk meminta penjelasan...andai hati kembali terluka...hanya memilih untuk melangkah pergi sahaja...tak perlu menyoal dan tak perlu meminta penjelasan, dan tidak perlu menjelaskan...semuanya itu tidak ada kepentingan lagi...mode silent diaktifkan dan kali ini...button "activate" tidak ditiadakan lagi...cukup lah...

"Silence is the best way to let someone know they did something wrong"

"If the talk is cheap, then being silent is expensive"

Terkadang kita perlu melangkah pergi bukan kerana kita sudah tidak memerlukan...tapi kerana kita sudah tidak diperlukan...kita tidak lagi penting dan tidak lagi bermakna...sebuah perhubungan itu boleh diteruskan andai keduanya saling memerlukan dan saling melengkapi...andai ini semua telah tiada maka noktah itu lebih baik.

Berbicara soal penting dan tidak penting...pentingkah kita, kalau tiada komunikasi berlaku dlm satu tempoh tertentu..tanpa apapun...pentingkah kita kalau orang bersikap tidak endah dan tidak kisahpun...pentingkah kita andai dlm apa jua situasi kita tidak menjadi keutamaan...dan tidak diperlukan.

Kalau hanya kita yang sentiasa mencari ruang dan peluang tapi orang tak pernah kisahpun...kalau hanya kita yang sentiasa memulakan...hanya kita yang beria...dan hanya kita yang menunjukkan kesungguhan...makanya cukup lah..ada atau tiada itu sama...

Berlalu pergi itu adalah lebih baik daripada diri terus bermain dengan perasaan...terus disakiti dan dilukai...
Keadilan juga perlu diberi kepada diri yang telah sekian lama menjadi hamba kepada sebuah emosi yang ups and downs...untuk apa terus menyakiti diri...

Hati berhak untuk bahagia...maka bebaskanlah apa saja yang membelenggu diri...lepaskan saja semuanya...dengan melepaskan segala belenggu yang membuat hati sedih mungkin hati akan lebih bahagia dan lebih "sihat"

Sekadar nukilan santai di lewat malam...mengajar diri untuk melepaskan sesuatu yang bukan milik kita...

"Crying is a way your eyes speak when your mouth can't explain how broken your heart is."

Salam Hormat,
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe