Skip to main content

Memahami Konsep Ikhlas...


Bila kita sebut tentang "ikhlas" tu bagaimana agaknya pemahaman kita ya...wajibnya fahaman dan praktikalnya mesti selari...

Bagaimana?

Ikhlas itu bila mana kita:

💥 Tidak mengharapkan balasan atau pujian atas apa jua yang kita lakukan.

💥Tidak bercerita dan menunjuk-nunjuk perkara baik yang telah kita lakukan dengan niat untuk mendapat pujian dan penghargaan, juga mungkin tersembunyi sekelumit ujub dan riak...bab ni bergantung atas niat kita camane ya...boley buat tapi bergantung pada tujuan dan niat kita...mungkin bagi tujuan memberi semangat dan motivasi, mungkin just for enjoyzzz dan suka2..dan mungkin apa2 jua lagi...

💥Tidak mengungkit apa yang kita buat.

💥Tidak marah dan tidak bersedih bila orang tidak menghargai apa jua yang kita lakukan.

💥Tidak kisahpun sama ada orang "acknowledge" ataupun tidak.

💥Rasa tenang dan lebih selesa melakukan perkara2 baik tanpa orang tahu.

Apa yang kita tahu hanyalah kita melakukannya dengan ikhlas atas apa jua tujuan kita sama ada dgn melakukannya atau menuturkannya...dan hanya antara kita dengan Allah jua...

Kita tenang dan gembira pada setiap kali kita melakukannya tanpa mengharapkan balasan terhadapnya...itulah sebenar2nya konsep ikhlas itu.

Andai kita semua sudah "blend in" dgn perkara2 dinyatakan di atas maka benarlah hati kita mmg ikhlas melakukannya...
Tanyalah hati kita tentang ini😊

#anggerikdesa
#tanyahati
#sekadarsembangpetang

RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe