Skip to main content

Bicara Umum Tentang Apa Itu Komunikasi


Secara umumnya komunikasi bermaksud pemindahan maklumat daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Secara lebih terperinci komunikasi bermaksud aktiviti menyampaikan maklumat melalui pertukaran fikiran, mesej atau maklumat sama ada melalui percakapan, penulisan, isyarat ataupun perlakuan bagi mencapai tujuan tertentu.

Komunikasi ini berasal daripada Bahasa Inggeris "Communication". "Communication" ini pula berasal dari bahasa Latin "Communicatus" yang membawa maksud berkongsi atau menjadi milik bersama.

Menurut Harold D. Lasswell, komunikasi digambarkan melalui siapa mengatakan apa, melalui saluran apa, kepada siapa dan kesannya apa.

Menurut Wilbur Schramm, komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang berjaya menghasilkan kebersamaan, kesefahaman antara sumber dengan penerimanya melalui dua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi secara verbal dan komunikasi bukan verbal. Schramm juga menyatakan bahawa komunikasi dan masyarakat merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.

Mengikut Ruesch, komunikasi adalah suatu proses yang menghubungkan satu bahagian dengan bahagian lainnya dalam kehidupan.

Manakala Weaver, komunikasi adalah keseluruhan proses di mana pemikiran seseorang dapat mempengarusi pemikiran seseorang yang lain.

Mengikut Shannon & Weaver, komunikasi adalah bentuk interaksi manusia, di mana secara sengaja ataupun tidak sengaja terjadi saling mempengaruhi antara satu sama lain. Bentuk interaksi ini tidak terhad hanya kepada penggunaan bahasa secara verbal, namun dalam bentuk ekspresi wajah, grafik, seni dan teknologi.

Manakala William J. Seller pula menyatakan komunikasi merupakan proses di mana simbol verbal dan non verbal dikirimkan, diterima dan diberi pengertian.

Proses Dalam Komunikasi:

Proses dalam komunikasi melibatkan proses-proses seperti berikut:

1. Pengirim/komunikator/
    sumber (Sender)
2. Enkod (Transmission/interpretation)*
3. Pesan/mesej (Message)
4. Saluran (Channel)
5. Dekod (Transmission/interpretation)*
6. Gangguan/Halangan (Noise)
7. Penerima (Receiver)
8. Maklumbalas (Feedback)

* Enkod bermaksud proses yang melibatkan pengirim menterjemahkan idea atau mesej dalam bentuk perkataan dan tingkahlaku kepada penerima.

* Dekod bermaksud proses penerima memberikan makna/mentafsirkan mesej yang disampaikan oleh pengirim dalam bentuk yang mudah difahami.

Harold D. Lasswell menyatakan bahawa komunikasi mempunyai lima unsur penting dalam berkomunikasi iaitu:

1. Siapa mengatakan (Pengirim)
2. Mengatakan apa (Mesej)
3. Melalui saluran apa (saluran)
3. Kepada siapa (Penerima)
4. Kesannya apa/maklumbalas (Feedback)

Fungsi Komunikasi:

Fungsi komunikasi secara umumnya dapat kita bahagikan kepada:

1. Perhubungan di antara dua pihak
2. Memberikan informasi
3. Pemindahan/perkongsian maklumat
4. Pembelajaran/Mendidik/Mempelajari/
Mengajar
5. Pembujukan/Mempengaruhi/
memotivasikan
6. Mengungkapkan perasaan 
dan meluahkan rasa
7. Hiburan
8. Sosialisasi manusia

Matlamat Asas Komunikasi

1. Supaya pendengar tahu dan dengar apa yang ingin diberitahu atau melihat apa yang ingin ditunjukkan.
2. Supaya pendengar faham apa yang mereka dengar atau lihat.
3. Supaya maklumbalas dapat diperoleh dari pendengar.
4. Supaya pendengar mengambil tindakan yang bertepatan dengan objektif dan boleh diterima.
5. Supaya tujuan dan matlamat dapat dicapai.

Kesimpulannya, komunikasi ini adalah perkara yang sangat penting dalam perhubungan sesama manusia. Keperluan dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Tanpanya mana mungkin kita dapat menyampaikan apa yang ingin disampaikan, memberikan maklumbalas atas apa jua pandangan dan idea kita, dan mengambil tindakan terhadap apa jua perkra yang perlu dilakukan. Justeru, makna, proses dan konsep komunikasi itu sendiri perlulah kita memahaminya secara jelas supaya nanti segala perkara dapat digerakkan dengan lancar....
perkara rumit dapat kita permudahkan, segala kekusutan dapat dileraikan dengan baik dan segala masalah dapat diselesaikan dengan penuh profesional dan berhemah tanpa menghadirkan rasa ketidakpuasan hati dalam sesama pasukan kerja di pejabat, ataupun sesama keluarga dalam kehidupan peribadi kita.

Salam Hormat,
RZH









Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe