Skip to main content

Pemikiran Strategik Dalam Membuat Keputusan...

Bersua lagi...

Malam ni just nak tulis ringkas2 saja...konsep KISS...keep it simple and sweet...biar mudah diingat dan difahami apa yang ingin di highlights kan di sebalik penulisan yang ringkas tapi cukup bermakna bagi yang cuba menghadamnya...

Dalam apa jua perkara...mohon dpt kita "hadam" sebab kalau kita tak hadam bagaimana sesuatu itu boleh kita menelannya...hehe ..kalau kita tak hadam bagaimana mungkin sesuatu itu dapat kita faham dan laksanakan...dan kalau kita tak hadam...makanya tiada penambahbaikan yang boleh dilakukan...sehingga bila2 lah kita akan sentiasa berada di takuk lama.

Sebelum tu jom kita tgok apa yang dimaksudkan dengan pemikiran. Pemikiran adalah apa saja yang terhasil dan keluar dari minda kita...melalui proses Dekod dan Enkod...iaitu proses penafsiran makna dan kemudiannya diterjemahkan untuk maklumbalas atau diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang dibuat...

Strategik pula adalah bermaksud terancang, teliti, telah mengambilkira semua aspek...dan akhirnya bersedia dgn sebarang risiko yang perlu dihadapi. Pemikiran yang strategik dikuatkan pula dengan sikap profesional, makanya tidak akan berlaku istilah "Baling batu sembunyi tangan". Seseorang yang bertanggungjawab dan berfikiran strategik akan berani mengambil risiko terhadap semua keputusan dan tindakan yang dibuat.

Justeru, pemikiran strategik for sure lah gabungan kedua2 maksud ini...secara umumnya, Pemikiran strategik itu bermaksud memikirkan dan mengambil tindakan terhadap sesuatu setelah semua perkara telah diambilkira...
soal kebijaksanaan, kematangan, ketelitian, perancangan yang terancang, ada rasionalnya, ada justifikasi dan ada meritnya...

Pemikiran strategik tu penting dalam membuat keputusan supaya:

1. Keputusan itu tidak melukakan dan mengecewakan orang lain.
2. Keputusan itu tidak menimbulkan tanda tanya dan salah faham.
3. Keputusan itu mempunyai justifikasinya yang boleh diterima akal.
4. Keputusan itu memudahkan perkara yang sukar.
5. Keputusan itu adalah yang terbaik jika dilihat dari sudut SWOT analisisnya.
6. Keputusan itu dpt mengurangkan margin kesilapan.
7. Keputusan itu memberikan kebaikan.

Makanya sama2 lah kita fikirkan...
Pasti ada sesuatu yang perlu ditambahbaik seandainya keputusan yang kita buat tidak langsung memenuhi ketujuh2 perkara di atas. 

Belajarlah untuk membuat keputusan yang bijak sesuai dgn situasi dan level diri kita...Hindari sifat angkuh, ego, kerakusan dan emosi mempengaruhi kita dalam membuat keputusan yang menjadikan orang sekeliling hilang rasa percaya dan rasa hormat kepada kita.

Hokey semua...inilah lebih kurangnya gis yang ingin saya tulis...makanya saya noktahkan di sini dulu penulisan ini...matapun sebenarnya dah macam mengantuk...cuba untuk tidur awal...
InsyaAllah semoga Allah izinkan...
Ameen...

Just my two cents...

Salam Hormat
RZH

Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe