Skip to main content

Salam Maulidurasul 1443H...

Salam Maulidurasul
12 Rabiulawal 1443H
19 Oktober 2021

Selamat Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Betapa sayu rasa hati mendengar selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Selawat itu sendiri sudah cukup menyentuh dan meresap di hati, ditambah pula dengan alunan muzik yang mengiringi makin meningkatkan rasa sayu yang hadir. Hadir rasa kerinduan yang tidak terucap...

Rasa sayu dan sedih semakin bertambah mengenangkan peristiwa di ofis seharian hari ini. Allahu, sedih mengenangkan diri masih gagal dengan ujian kecil yang Allah hadirkan. Masih gagal menahan rasa geram dan marah bila perkara tidak dilakukan mengikut aturan dan sistemnya yang betul. MasyaAllah. Semoga Allah terus tingkatkan rasa sabar dan kemahiran menangani situasi supaya lebih baik dan tidak mengecewakan team dan diri sendiri. Semoga niat tulus ini Allah mudahkan dan lorongkan kepada kebaikan berkat malam Maulidurasul ini.

Sama2 kita mengenang perjuangan Rasulullah SAW dalam menegakkan dan menyebarkan syiar Islam. Begitu kuat dan cekal nya Nabi dalam melakukan dakwah dengan berhadapan dan mengharungi pelbagai rintangan sehingga Islam tersebar luas ke seluruh dunia.

Semoga kita dapat mencontohi sikap dan kepimpinan Rasulullah SAW dalam pentadbiran. Kerana itu, kita perlu banyak bersabar, berstrategi dan bijaksana dalam menguruskan pelbagai ragam dan situasi dalam hal ehwal mengurus dan mentadbir ini. Tingkatkan kemampuan diri dan kebijaksanaan supaya kita dapat memimpin dengan lebih baik.

Sempena Maulidurasul ini, sama2 lah kita memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di Mahsyar kelak.

Jom berselawat! 

Jadikan selawat ini sebagai zikir harian. Perbanyakkan berselawat dengan mencapai seribu sehari atau sekurang-kurangnya 100. Jika selepas setiap solat lima waktu, kita dapat berselawat 20 kali, maka sehari kita akan dpt 100. Justeru, jangan biarkan hari2 kita berlalu tanpa berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Berselawat lah selalu dan jadikan rutin. Istiqomah. Dengan berselawat kepada Rasulullah SAW, kita mendapat 1000 kebaikan yang antaranya dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, diberikan rasa tenang, dihindari daripada kesulitan, dilindungi daripada perkara2 tidak baik dan pelbagai kebaikan lagi. InsyaAllah...

Salam Hormat,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Cara Goreng Ikan Masin Supaya lebih sedap...

Hokey...petang ni saya nak bercerita pasal menu 'berhantu' ini. Saya sebut sebagai 'berhantu' sebab menu ni mesti sentiasa akan 'mengusik' keinginan untuk makan lebih...menu ni memang akan membuka selera yang tertutup...menggoda untuk makan bertambah dan berulang-ulang...kejap nak makan kejap nak makan...aduhai itu la dia ikan masin goreng...atau ore kelate panggil ike kering goreng. Ikan masin ni salah satu daripada lauk kegemaran saya..hehehe saya suka tahap dewa..atau tahap ore kelate royak 'panggil tak dengar' ikan masin ni..tapi mesti kena dengan gaya masaknya..saya tak suka ikan masin tu masin sangat...saya suka rasa dia lemak-lemak masin sikit2 dan isinya lembut2 gebu gebas sikit....macam ikan ala jeruk tu sikit.. Untuk ikan masin ni sedap selepas digoreng, mesti ada cara masaknya yang tersendiri...dan saya pasti setiap orang ada gaya tersendiri menggoreng ikan masin, ada yang suka digoreng begitu saja, ada yang suka digoreng dengan dipoton...

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan...

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU in...