Skip to main content

Keutamaan Hidup Di Usia Senja...

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa usia kita sudah lanjut atau sudah memasuki senja sehinggakan perbuatan kita tidak seiring dengan usia.

Pada hal ini, kita harus berjaga2 dan sentiasa mengingatkan diri bahawa usia kita sudah menghampiri senja. Jangan kita menafikan usia senja dengan mengatakan umur ni just a matter of number...hmmm

Ya, betul usia ni memang just a matter of number, namun gaya hidup kita harus berubah mengikut usia kita,  drpd segi perangai dan perlakuan kita biarlah seiring dengan usia. Bila umur sudah senja, banyakkan menginsafi diri dan bawalah gaya hidup yang bersesuaian terutamanya soal ibadah kita, cara berfikir, cara berpakaian, juga amalan seharian kita.

Di usia senja ini, banyak perkara perlu diberikan perhatian dan usahlah lagi kita tunduk dengan nafsu dalam diri yang tidak bernoktah dan tidak mengenal usia. 

Sebenarnya nafsu itu lah yang akan menjadikan kita "tak sedar diri". Hakikatnya, di usia senja ni, kubur dah kata mari dan dunia dah kata pergi, namun kehidupan kita masih tidak berubah umpama kita akan hidup seribu tahun lagi. Letakkanlah keseimbangan antara gaya hidup kita dengan usia. Justeru, nafsu itu perlu diimbangkan dengan pemikiran kita.

Bila usia makin meningkat kita perlu lepaskan beberapa perkara yang selalu kita buat masa muda dan tingkatkan beberapa perkara yang kita tidak buat langsung atau kita buat tapi tidak secara istiqomah. 

Antaranya adalah:

1. Solat di awal waktu. Perlu istiqomah. Dah kena jadi amalan rutin dan bukan on off kejap awal kejap lewat. Kena disiplin diri untuk solat pada awal waktu bagi setiap lima solat fardu. Tiada "cerele cereluk" mcm zaman muda2 lagi.

2. Jadikan amalan mengaji atau membaca Quran sebagai rutin yang wajib dibuat pada setiap hari dan setiap kali selepas solat. Bagi yang bekerja, mungkin tidak sempat untuk mengaji Quran selepas waktu zohor, dan asar. Tak mengapa, istiqomahkan dulu untuk waktu maghrib, isyak, dan subuh. Disiplinkan dua atau tiga muka surat membaca Quran slps setiap kali solat fardu. 

3. Banyakkan bersedekah dan berinfaq. Sedekah dan infaq ini akan menjadi peneman kita semasa di alam kubur kelak. Jangan ada sifat kedekut dalam diri. Ingat, dalam rezeki kita ada rezeki orang lain juga. Rezeki itu hanya singgah kepada kita untuk ia sampai kpd orang lain.

4. Jaga adab pakaian yang dipakai. Perlu menutup aurat dan gaya berfesyen perlulah sesuai dengan usia. Kekalkan sejuk mata memandang, anggun dan cantik mengikut definisi standard. Jika fesyen itu tidak sesuai dengan usia senja, maka tak perlulah dipakai. 

5. Jaga penampilan diri..tutur kata, perbuatan dan cara berpakaian. Cara berpakaian telah disentuh pada perkara 4. Justeru, beri perhatian kpd tutur kata dan perbuatan. Tutur kata kita biarlah sopan dan manis. Banyakkan berdiam jika tiada apa yang nak dicakapkan. Kurangkan bercakap, pelihara gelak tawa supaya tidak melampaui batas sepatutnya. Tutur kata orang di usia senja ni biarlah menggambarkan kematangan dan kebijaksanaan.

6. Kurangkan bermedia sosial atau letakkan noktah terus kepada media sosial jika kita masih belum dapat mengawal diri untuk update status yang tidak bersesuaian atau upload gambar2 yang boleh membawa salah tafsiran, salah faham dan mengundang pandangan dan persepsi yang tidak baik dan boleh mencemarkan nama baik kita.

7. Jaga kesihatan. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dan tingkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan diri. Jadikan amalan rutin untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Di samping beroleh pahala untuk puasa sunat ini, ianya juga memberikan kesihatan yang baik kepada diri. InsyaAllah.

8. Tinggalkan lah kesibukan mengejar keseronokan dunia. Jangan lagi mengejar dan mendambakan kenikmatan dunia. Bukan masanya lagi. Apa yang telah dinikmati semasa muda sebelum ini sudahpun cukup. Di usia senja ni, tingkatkan amalan untuk bekal di sana dan perbanyakkan amalan2 baik untuk keseronokan di akhirat kelak.

9. Kurangkan hiburan dunia dan lebihkan kepada memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang tawaduk. 

10. Banyakkan bertaubat atas dosa2 yang lalu. Di usia senja ini, sudah tidak lama masa yang tinggal. Buat taubat nasuha dan mohon sentiasa agar Allah ampunkan segala dosa. Berdoa selalu agar Allah jemput kita dalam husnul khotimah dan menempatkan kita dalam syurga-Nya.

11. Pertingkatkan ilmu dalam soal agama dan kehidupan. Dengan ilmu, kita akan sentiasa dilorongkan kepada kebaikan. Dan ilmu ini juga insyaAllah akan menghindari kita daripada melakukan perkara2 tidak baik. Cari sebanyaknya ilmu agama melalui majlis2 ilmu dan membaca buku-buku agama sebagai pegangan kepada kita untuk terus memperlengkapkan diri dalam meniti usia senja yang lebih bermakna dan untuk bekalan di akhirat kelak.

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang Allah sayangi. Amiin YRA. Perbaiki diri dan tambah baik segala kekhilafan dan pertingkatkan amal ibadah kita. InsyaAllah, Allah terus lorongkan kita semua kepada kebaikan.

RZH




Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe