Skip to main content

Selamat Jalan & Berehat lah Di Kampung Abadi...

 

Innalillahiwainnailaihirajiun...
Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan semuanya akan kembali kepada Allah SWT.

Sebentar tadi usai majlis bacaan Yasin dan tahlil hari ketiga dan hari terakhir buat arwah. Saya kekal di laptop. Niat untuk singgah di blog untuk menitipkan sebuah kenangan buat arwah. Titipan ini akan kekal di blog saya selamanya..tanda penghargaan dan ingatan berpanjangan buat arwah. Dua malam lepas, tiada kekuatan untuk menulis, terbayang-bayang wajah arwah di mata dan fikiran....juga terbayang wajah arwah dalam pakaian lengkap serba putihnya dalam persediaan untuk dihantar kembali kepada Pencipta yang disemadikan di kampung abadi di Sg. Tangkas.

30 September 2021, Khamis, sekitar pukul 2 pagi perginya seorang insan yang sangat baik budi pekerti dan keperibadiannya, berperwatakan ceria dan, seorang yang peramah dan banyak melakukan kerja2 amal dan dakwah...sdra Muhammad Hafiz Farhan bin Johari akhirnya pergi buat selama-lamanya setelah lima hari bertarung nyawa dalam keadaan ditidurkan di hospital atas masalah kesihatan yang kritikal.

Allahuakbar...saya mengetahui perkhabaran yang sangat sedih ini dalam sekitar pukul 4 pagi. Rasa terkejut tidak dapat saya bayangkan kerana saya mengharapkan Hafiz akan sihat dan kembali seperti sedia kala. Berita dukacita ini telah dimaklumkan oleh emak arwah melalui aplikasi whatsApp kepada saya pada pukul 2.17 pagi, namun mesej ini saya tengok sekitar pukul 4 pagi.

Saya mengenali Hafiz lebih kurang lima tahun yang lalu dalam team Juruacara Konvokenyen UKM yang dikemudi dan diselaraskan oleh saya. Hafiz adalah seorang yang sangat meminati bidang pengacaraan. Hafiz memiliki bakat semulajadi dengan suara besar dan intonasi yang sedap. Suara Hafiz adalah suara dari perut. Suara dari perut ini adalah suara dalam yang sangat mahal nilainya. Melihat kepada Hafiz, dengan suara, gaya, dan intonasinya memang mengingatkan saya dengan personaliti dan icon hebat negara dalam bidang pengacaraan, arwah Datuk Mahathir Lokman. Bakat Hafiz mirip bakat yang dimiliki oleh arwah Mahathir Lokman.

Hafiz juga seorang yang sangat meminati lagu-lagu dendangan P. Ramlee. Kiranya Hafiz ni peminat tegar dan setia dengan P. Ramlee. Memang kena dengan suaranya yang besar dan lunak merdu. Bila mendendangkan lagu P. Ramlee, Costume Hafiz akan sebiji macam yang dipakai oleh P. Ramlee. Saya kira Hafiz memang betul2 meletakkan jiwanya dalam minatnya terhadap arwah Tan Sri P. Ramlee. Hafiz memang pandai menyanyi dan sedap nyanyiannya. Suara emasnya begitu sedap dan sangat kena dengan lagu-lagu P. Ramlee. Nyanyiannya memang mendapat pujian. Hafiz pernah menjadi peserta Pertandingan Lagu P. Ramlee di RTM.

Semasa Konvokesyen 2021, bakat Hafiz telah diketengahkan kepada Pusat Kebudayaan untuk dijemput menyanyi semasa sidang Konvo berlangsung. Kebetulan pada masa itu, ada request daripada VVIP agar ditambah lagu selingan. Kiranya, rezeki Hafiz mendapat peluang yang memang menjadi impiannya. Hafiz sangat gembira dan teruja kerana impiannya untuk menyanyi di depan Pro Canselor, Tun Ahmad Sarji akhirnya tercapai dan menjadi kenyataan. 

Hafiz sempat berkongsi tentang impiannya ini dengan saya. Hafiz berimpian begitu kerana umum mengetahui bahawa Tun Ahmad Sarji memang sangat meminati lagu-lagu P. Ramlee. Hafiz menyimpan impian ini kerana dia tahu minatnya sama dengan minat Tun...Pada sidang Konvo itu, Hafiz mendendangkan lagu "Azizah". Hafiz mendapat pujian dan tepukan seluruh dewan. Tun dan barisan VVIP di atas pentas utama juga memuji nyayian Hafiz. Ya betul..sedap nyanyiannya. Saya mendengar dari dalam konti juruacara konvo sesambil menjalankan tugas di konti. 

Semasa Tun Ahmad Sarji meninggal dua bulan yang lalu, Hafiz ada mengirimkan text kepada salah seorang rakan saya yang membuka peluang untuk dia menyanyi di Konvo...Hafiz mengucapkan terima kasih, dan katanya, 
"Siapa sangka itu peluang pertama dan terakhir yang dapat saya rasakan...di hadapan seorang insan yang saya cukup kagumi".

Allahu, rupanya kenyataan ayat Hafiz dua bulan yang lalu yang dirujuk kepada pemergian arwah Tun... juga kini merujuk kepada dirinya juga yang juga telah tiada..

Dua tahun yang lalu, saya ditugaskan untuk kembali berkhidmat di CRIM. Justeru itu, bukan setakat bersama dalam team Juruacara Konvo, Hafiz kini telah menjadi salah seorang pasukan kerja saya.  Hafiz bukan sahaja cemerlang dalam aktviti peribadinya, malah dia juga cemerlang dalam kerjayanya. Hafiz adalah seorang staf yang sangat rajin, berdedikasi, bertanggungjawab, komited, dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. 

Bila bersama dalam satu pasukan kerja, lebih banyak perkara lain tentang hafiz yang saya tahu. Dia rupanya aktif dalam badan beruniform. Beliau adalah District Commissioner di KLKL UKM (Pengakap). Beliau juga aktif dalam kerja-kerja amal dan dakwah. Banyak kerja amal yang telah dilakukan oleh hafiz dengan rakan-rakannya. Antaranya adalah kerja amal di rumah anak-anak yatim. Hafiz juga banyak menerima undangan untuk menjadi emcee atau DJ di majlis-majlis anjuran pihak luar. 

Sepanjang mengenalinya, Hafiz seorang yang sangat menghormati orang, baik tutur katanya, dan sangat suka menghulurkan pertolongan. Dalam kalangan staf, Hafiz memang terkenal dengan sikapnya yang baik dan sentiasa memberikan pertolongan kepada rakan sekerja. Hafiz sangat menghargai orang, ucapan terima kasih tidak pernah lekang dari mulutnya. 

Kini, Hafiz telah tiada...pergi buat selama-lamanya. seakan tidak percaya secepat itu dia pergi dalam usia 28 tahun yang masih lagi terlalu awal. Seakan tidak percaya jenazah yang terbaring kaku itu adalah jenazah Hafiz..serasa baru semalam dok berckp dengan dia, serasa baru semalam dok menjawab mesejnya dan serasa baru semalam dok lihat dia ada di work stationnya. Tapi, itulah hakikat yang perlu diterima...Allah lebih menyayangi Hafiz. Orang baik, Allah sayang. Ajal maut itu ketentuan Allah...mati itu tidak mengenal usia..Allahuakbar

Pemergiannya sudah pasti sangat meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada kami semua di pejabat. Sudah pasti pemergiannya meninggalkan kesan yang mendalam kepada semua orang yang mengenalinya. Hafiz ni ramai yang sayang. Begitu ramai kenalan Hafiz yang hadir mengiringi perjalanan terakhir arwah di Sg. Tangkas.

Kami pasukan kerja di CRIM tidak mungkin dapat melupakan segala kenangan yang ditinggalkan oleh arwah. Banyak perkara yang akan mengingatkan kami tentang anak muda ini yang terkenal dengan jolokan nama Remy oleh rakan sekerjanya di ofis.

Hafiz semasa hayatnya....
Dialah orangnya yang suka menceriakan ofis
Dialah orang yang suka mengusik rakan2 sekerjanya
Dialah orangnya yang akan jadi penghibur dengan sesekali akan menyanyi2 kecil lagu2 P. Ramlee sesambil buat kerjanya
Dialah orangnya yang akan cepat-cepat bangun untuk ke kaunter jika ada pelanggan yang datang jika tiada petugas di kaunter
Dialah orangnya yang akan tekan butang elektronik pintu pejabat jika ada orang yang nak masuk berurusan jika kebetulan tiada petugas di kaunter
Dialah orang yang akan bantu rakan sekerja lain untuk order makanan dengan menunjukkan menu dan mengumpulkan order untuk buat order dengan kafe kolej
Dialah orang yang uruskan nasi lemak yang dibelanja oleh bigboss pada setiap hari Jumaat
Dialah orang yang akan tolong orderkan kuih-muih sedap daripada penjual di Bukit Puteri sambil niat dia membantu peniaga2 kecil
Dialah orang yang akan selalu text saya untuk mohon kebenaran datang ofis bagi menyiapkan kerja-kerja yang urgent
Dialah juruacara hebat untuk CRIM
Dialah orang yang akan selalu bawa masuk breakfast ke bilik saya pada setiap hari Jumaat (masih segar ayatnya bertanya kepada saya, "Puan nak nasi lemak atau mee hoon")

Kini Hafiz telah tiada...
Tiada lagi gurau sendanya
Tiada lagi ketawa dan usikannya kepada rakan-rakan sepasukan
dan tiada lagi segala-galanya
semuanya kini hanya tinggal kenangan yang akan kekal dalam ingatan kami.
saya kehilangan seorang juruacara hebat dalam team juruacara konvo
juga kehilangan seorang staf yang sangat baik dan berdedikasi

Ya Allah,
Sesungguhnya amat sukar untuk kami menerima hakikat dia telah tiada
Namun takdir-Mu mengatasi segala-galanya
Dia dipinjamkan kepada kami buat sementara di dunia ini
Kami redha Ya Allah
Kini Hafiz telah pulang ke pangkuan-Mu....milik-Mu Ya Allah
Hanya doa dan bacaan Yasin 
kami kirimkan buat arwah 
Sebagai peneman buatnya di alam sana

Hafiz pergi dengan meninggalkan  1001 kenangan bersamanya...tiada lagi Remy dan tiada lagi Muhammad Hafiz Farhan Bin Johari.

Semoga roh Hafiz ditempatkan bersama orang-orang beriman, para ambiya, dan para syuhadah di sisi Allah
Semoga Hafiz damai dan tenang di pembaringan fana di sisi Pencipta
Selamat jalan Hafiz....

Al-Fatihah













Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe