Skip to main content

Masa kini, hari semalam, dan masa akan datang...

Malam sudah agak lewat, tapi mata belum dapat dilelapkan. Lewat malam ni singgah sekejap di blog untuk titipan ringkas buat diri dan pengunjung setia.

Sekadar berceloteh tentang kehidupan. Apa lagi yang yang nak dibualkan selain forte saya dalam bidang komunikasi dan kehidupan. 

Kehidupan ini mudah jika kita mudahkan dan tidak complicated kan. Konsep mudah dalam kehidupan adalah "Semuanya akan berlalu". Tidak ada satupun yang tidak berlalu, hatta air yang mengalir juga berlalu. Air tidak statik di tempat kita memandang arusnya. Di sini mata kita memandang, sesaat itu juga apa yang kita pandang di satu point maka ia telah berlalu ke point berikutnya.

Begitu juga rutin hidup kita sebagai manusia. Perbuatan, tutur kata dan sebagainya yang kita buat, semuanya berlalu. Hari ini kita melakukan itu ini, maka bila esoknya perbuatan itu telah berlaku semalam. Begitu la seterusnya hingga lah kehidupan kita berakhir.

Justeru, setting kan mindset kita bahawa apa jua yang terjadi hari ini ia tetap akan menjadi hari semalam. Dan ia makin hari makin ke belakang dan makin hari makin pudar dalam ingatan. Kerna itu, jangan terlalu dihiraukan apa yang telah berlalu sehingga mengganggu pemikiran dan tumpuan kita kepada apa yang sedang dilalui.

Dalam hidup ini kita hanya ada tiga masa sahaja, iaitu masa sekarang, masa semalam dan masa akan datang. 

Masa sekarang adalah masa yang sedang kita lalui. Untuk berjaya dalam masa sekarang, kita perlu letakkan seluruh fokus kita kepada masa sekarang, lakukan yang terbaik yang dapat kita buat supaya kita dapat mengukir sukses dan sejarah pencapaian diri yang cukup baik. Moto diri masa sekarang adalah SUKSES. Justeru, lakukan sehabis baik yang kita mampu supaya kita tidak menyesal atau terlepas masa sekarang itu menjadi hari semalam yang merugikan kita.

Masa semalam pula adalah masa yang telah berlalu. Masa yang telah kita lewati dan tinggalkan. Masa semalam akan meninggalkan kenangan buat kita dan ianya tidak mungkin berulang lagi. Apa yang kita lalui di masa semalam akan memberikan pengajaran dan pengalaman buat kita. Masa semalam lah yang akan mematang dan mendewasakan kita. Masa semalam juga akan menjadikan kita lebih baik jika kita mengambil iktibar dan pengajaran atas segala apa yang berlaku. Apa yang mengecewakan di masa semalam usah dikenang lagi, biar ia berlalu seiring waktu yang kita tinggalkan itu. Manakala, apa yang indah dan membahagiakan, bawalah bersama kenangan bahagia itu sebagai penguat semangat dan motivasi diri.

Masa depan pula adalah masa yang belum berlaku. Kita juga tidak tahu apa yang akan dan bakal berlaku. Justeru, usah beratkan fikiran kira memikirkan perkara yang belum berlaku. Elakkan diri daripada membuat andaian2 dan mereka-reka di fikiran kita tentang cerita masa depan kita yang membuatkan kita resah dan gelisah dan mengganggu fokus kita untuk masa yang sedang berlaku. Menjadikan nanti apa yang dikendung berciciran, dan apa yang dikejar juga tak dapat. 

Pengajarannya di sini adalah, hargai, jaga dan uruskan sebaiknya apa yang sedang kita lalui pada masa sekarang daripada kita membuang masa memikirkan trauma dan kekecewaan masa lalu dan membuat andaian berlebihan untuk masa yang akan datang yang belum pasti lagi bagaimana. Apa yang penting adalah pemikiran yang sentiasa positif untuk kita move forward. Kekuatan hati dan kecekalan diri adalah perkara yang perlu ada dalam diri kita. Kita juga perlu sentiasa bersedia dengan apa juga perkara yang akan dilalui di masa akan datang.

Sekadarnya jua,

RZH


Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe