Skip to main content

Nasib Baik Vs Nasib Tidak Baik...

"The Right people at the Right time in the Right place"

Malam tadi membelek buku lama dan terjumpa tentang ini.... "Right people,right time, right place.

Selalu juga bila hadir kursus, penceramah suka juga sebut ayat ini.

Ada orang kadang2 very lucky katanya, bila dia berada pada saat dan tempat yang sesuai, iaitu dalam lingkungan orang-orang yang memang menyukai dan menyokong dia. Ada juga orang yang unlucky bila dia berada pada saat dan tempat di mana orang-orang yang tidak senang dan tidak menyukai dia.

Suka atau tidak suka ni, kadang-kadang sangat subjektif sifatnya. Banyak juga politiknya dalam hal suka tak suka ni. Jadinya, ia bergantung kepada nasib seseorang itu sama ada bernasib baik atau tidak bernasib baik. Walau bagaimanapun, jangan kita sekali-kali lupa bernasib baik atau bernasib tidak baik itu ada Penjaganya..sesuatu yang berlaku itu bukan suka2 berlaku macam tu aje..ada Pengarah dan Pentadbirnya, iaitu Allah Azzawajalla.

Ada juga orang sangat bagus dalam kerja tapi dia tidak bernasib baik sebab dia hadir dlm kelompok yang tidak mengenalinya, maka dia tidak akan mendapat tempat dalam kelompok itu sedangkan hakikatnya dia adalah seorang yang bagus. Begitu la sebaliknya, ada orang yang hanya so so saja dalam kerja, tapi kerana dia bernasib baik hadir dalam kelompok orang yang mengenalinya, maka dia yang menjadi pilihan seakannya dia lah yang terbaik. Justeru, bila kita berhadapan dengan situasi sebegini, jangan kita pelik...perkara itu lumrah dan normal dalam kehidupan.

Apa yang perlu kita lakukan adalah terus istiqomah dengan pemikiran yang betul yang berlandaskan kepada hukum Allah. Tidak perlu gundah gulana apabila kita pegang erat bahawa apa yang terjadi ada pentadbirnya...setiap satu itu ada sebab musababnya..ada hikmah dan rahsianya yang hanya Allah jua yang tahu.

Percaya dan yakin, jika rasa tidak seronok atas apa yang kita lalui, maka itu adalah ujian. Jika rasa seronok dengan apa yang kita lalui, itu juga adalah ujian. Lesson learned nya adalah sentiasa bersederhana dan sentiasa ingat Allah atas apa jua rasa gembira dan rasa tidak gembira yang dilalui...percayalah ada hikmahnya.

Jika bahagia, bersyukurlah dan ingatlah Allah. Jika duka, bersyukur lah juga kerana dalam setiap ujian yang tiba, Allah sebenarnya sedang membungkus hadiah yang baik untuk kita jika kita redha dan berlapang dada berhadapan dengan ujian itu.

"Selepas hujan dan ribut petir yang kuat, akan muncul pelangi indah di penghujungnya"

Percayalah dan yakinlah...pegang di situ.

Kehidupan ni macam2 hal sebenarnya..banyak benda boleh berlaku mengikut bagaimana ianya berlaku...cuma yang penting untuk kita faham key wordnya adalah tentang meritnya. Orang yang dipilih atas sebab nasibnya baik dan bukan kerana atas sebab pencapaiannya sendiri, ia mungkin tidak mampu bertahan lama kerana akan tiba masanya bila musim berubah...dia juga akan terkesan dengan perubahan itu.

Justeru, biarlah kita menjadi diri sendiri, perkemaskan diri kita dan tambahbaik mana yang lopong. Lakukan apa jua dengan penuh keikhlasan, kejujuran, berakauntabili, berintegriti dan berhemah. Apa yang penting adalah kita tahu dan berkemahiran atas apa jua yang dipertanggungjawab kepada kita. People come and go...yang kekal adalah ilmu pengetahuan, kepakaran, kemahiran dan pengalaman yang kita ada...walau dicampak di mana kita tetap bersinar dan membawa manfaat ...insyaAllah.

Sekadar coretan biasa...

RZH



Comments

Popular posts from this blog

Kenangan Zaman Permainan Kanak-kanak...

Dalam  hidup masing-masing, semua orang   mempunyai  kenangan  dan  momen  indah yang tersendiri semasa zaman kanak-kanak...ada yang menjadikan kenangan itu sebagai suatu nilai sentimental yang akan terpahat selamanya dalam lipatan kenangan. Saya juga tidak terkecuali. Kenangan permainan saya semasa kanak-kanak dulu memang terlalu istimewa dalam hidup saya...sentiasa segar dan mekar dalam bayangan fikiran sehinggakan terkadang menggamit rasa untuk kembali semula ke masa lampau...andai masa boleh diundur semula kan...saya ingin kembali mengulangi momen2 itu. Semasa zaman kanak2 saya memang sangat aktif bermain dan beraktiviti dengan kawan2...memang lasak betul la. Permainan kami geng kanak2 ni memang meriah betul ibarat satu pesta pula kemeriahannya. Zaman kanak2 dulu saya ni kiranya ketua geng la...haha..gengster pun ya juga (kira gengster baik la kalau dalam cerita hindustan dulu2..haha...sabar aje la) tukang plan itu ini dan confirmnya plan tu akan menjadi dgn me

Peranan Penyambut Tetamu Dalam Penganjuran Majlis Formal

    Penyambut tetamu ( usherette ) adalah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menyambut tetamu dan memastikan supaya tetamu dalam sesuatu majlis itu dapat diuruskan dengan baik dan lancar tanpa menimbulkan rasa tidak puas hati, rasa tersinggung dan rasa tidak selesa daripada tetamu yang dijemput. Sebelum pergi jauh lagi tentang peranan penyambut tetamu, mari kita sama-sama fahami dulu definisi 'Penyambut Tetamu'. Secara ringkasnya penyambut tetamu adalah orang yang dilantik dan diberikan tugas dan tanggungjawab untuk menyambut tetamu-tetamu yang dijemput dalam satu-satu majlis, menunjukkan arah dan mengiringi tetamu, serta memastikan keselesaan tetamu terjaga. Tugas menyambut tetamu ini kebiasaannya diletakkan di bawah satu Jawatankuasa yang terdiri daripada sebilangan peyambut tetamu yang mana jumlahnya bergantung kepada berapa ramai tetamu yang perlu diuruskan. Tetamu ini diklasifikasi kepada beberapa kategori, iaitu kategori kehormat dan

Peranan Pegawai Tadbir di Universiti Awam

Buat semua pembaca budiman,  Penulisan ini adalah sekadar pandangan dan pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman yang dilalui sebagai Pegawai Tadbir di Universiti Awam (UA). Walau bagaimanapun, ia mungkin berbeza mengikut pandangan masing-masing, juga mungkin berbeza mengikut governan UA masing-masing. Namun, sekurang-kurangnya penulisan ini dapat membantu untuk memberikan gambaran kepada pembaca dalam mengetahui secara umum mengenai peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir di UA. Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan. Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini pe